Photobucket
  • Berlabuhnya Tirai Fasa Pertama...........sesi 07/08
    Assalamualaikum...

    Alhamdulillah, Tercatat pada tarikh 19hb 1 08.. Ana dan juga semua pelajar-pelajar jurusan Syariah Islamiah tahun 3, Universiti Al-Azhar, Cawangan TANTA..menarik lafaz lega dengan berakhirnya Imtihan(exam) fasa 1.

    Untuk Fasa 1, 6 madah yang ana ambil..5 madah untuk fasa satu-tahun 3(Mirath,Bahasa Inggeris,Manhaj Dakwah, Adab Balaghah dan Tafsir), dan 1 madah berbaki daripada tahun 2(Qadaya Mu'asarah)..

    Alhamdulillah untuk imtihan fasa yang pertama ni.. Ana dah jawab sebaik yang mungkin.. Erm..tentang soalannya not bad, Cumanya, nak dikatakan terlalu senang tu.. taklah jugak, sedang-sedangla-Alhamdulillah...

    Ada jugak soalan-soalan yang dikeluarkan tu terasa susahnya.."ha..!!! baru tau.. doktor pusing soalan sikit ko dah pening".hmm...especially madah tafsirla... sedih gak.. masa jawab tu.. tengah sakit kepala..tapi Alhamdulillah, masih lagi diberikan kekuatan dan semangat oleh-Nya.

    Ha..tapi ingat, "Doa-Usaha-Tawakal". jangan lupa ye...!!

    Dan yang paling penting juga doa yang sentiasa berterusan yang penuh pengharapan kepada Allah.. mudah-mudahan.. kita masih lagi diberikan kejayaan yang cemerlang.. Bukan sahaja didalam imtihan ini, bahkan kejayaan kita meniti titian siratul-mustaqim kelak..Amin...

    InsyaAllah.. ana berharap sahabat-sahabat tak jemu-jemu untuk sentiasa berdoa.. "bukankah doa itu senjata orang-orang mukmin?"

    :"moga success selalu-bittaufiq wan najah..":
    ....::::::AMIN:::::.......

    more
  • Sejarah Universiti Al-Azhar,Mesir

    Usianya telahpun menjangkau lebih seribu abad. Bangunan-bangunan lama masih terus didiami, lorong-lorong gelap penuh dengan sampah-sarap, lopak-lopak air dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya bandar ini. Walau bagaimanapun, situasi ini seakan tidak terasa, hilang terselindung di sebalik kegemilangan sinar mutiara agung para cendekiawan Mesir, Al Azhar.

    Al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional Islam yang sering menggegarkan dunia jahiliyyah. Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani oleh mereka secara syura. Akibatnya Pihak musuh sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan Al Azhar. Semakin hari Al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan. Antaranya Dr. Yusuf al-Qardhawi, Dr Omar Hashim, Dr Sayyid Ahmad Musayyar, Dr Musa Syahin Lashin, Dr Ali Jumaah, Dr. Husin Husin Syuhatah dan ramai lagi.

    Selain itu Al-Azhar juga membuka cawangan-cawangan di beberapa muhafazah (daerah besar) di Mesir. Sehingga ke saat ini Universiti Al Azhar telah memiliki berbagai-bagai cabang hubungan antarabangsa di dalam bidang pendidikan dan hampir ke seluruh di negara-negara Eropah, Afrika, dan Asia ,seperti Indonesia, Thailand, China dan lain-lain lagi


    Universiti al-Azhar menjadi simbol kepada para penerus warisan perjuangan Islam baik di Timur mahupun di Barat. Ia merupakan benteng pertahanan keilmuan dan pemikiran daripada terjahan dan serangan musuh-musuh Islam. Al-Azhar merupakan lembaga keilmuan Islam yang besar yang menjaga turath Islamiyyah dan menyebarkan misi dan amanah Islami kepada segenap umat di pelosok-pelosok bumi. Kini, masjid yang bersejarah yang telah dibina oleh arkitek Islam di zaman pemerintahan Fatimiyyah, Jauhar as-Saqali tetap utuh dan kekal walaupun ia bukan lagi seratus peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti pada zaman beliau. Walau bagaimanapun, fungsinya sebagai pusat penyebaran ilmu Islam tetap gemilang sehingga sekarang.


    Kedudukannya di Kota Kaherah sejak era Fatimiyyah lagi masih tidak melunturkan kesan khazanah ilmu walaupun bangunannya yang antik sering dibaik-pulih, namun ia terus bercahaya melahirkan intelektual Islam mencorak masyarakat masa hadapan. Mengikut catatan sejarah,khalifah Aziz Billah merupakan pengasas kepada penubuhan universiti Islam pertama di dunia iaitu Al Azhar. Pemugaran masjid tersebut sentiasa terserlah sejak zaman berzaman.

    more
Muhasabah Diri Bersama

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.


Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.


Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya


Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi


Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.


Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.


Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka