-
Persediaan imtihan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Setiap manusia didunia ini tidak lari dari menghadapi sebarang ujian. Allah swt menguji hamba-Nya, supaya manusia mengingati Kebesaran dan Kekuasaan-Nya. Sebenarnya, dengan sifat kesabaran kita dalam menghadapi ujian yang diberi-Nya dapat meningkatkan keimanan kita kepada-Nya.
Oleh yang demikian, bahawasanya perlulah kita sedar hakikat kehidupan ini semestinya memerlukan pergantungan yang abadi kepada pencipta Rabbul Izati..
Dikesempatan ini, dengan hampirnya "fatrah imtihan" marilah kita sama-sama muhasabah semula perjalanan hidup ini, adakah kita menjaga hubungan kita kepada Allah dan juga persiapan kita sebelum tibanya hari peperiksaan, sama ada persediaan itu dari sudut rohani,jasmani,dan juga kekuatan mental itu sendiri..
Justeru, sebagai Mahasiswa Islam sememangnya perlu kita tahu sebenarnya kecemerlangan kita didunia ini semuanya dibawah kekuasaan-Nya, hanya usaha, doa dan tawakal kita sahaja yang mampu mendapat belas kasihan Allah. Maka dengan itu, aspek kerohanian manjadi wadah utama kita agar sentiasa kita dalam naungan dan bantuan-Nya..
Oleh kerana sebagai Muslim yang beriktiqad mentauhidkan Allah, Kita tidak boleh lari untuk menjaga hubungan kita kepada Allah, Kerana, dengan istiqamahnya dalam menjaga hubungan kita kepada Allah akan menjadi wasilah untuk mendapat kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan. Bagi saya, Mahasiswa yang cemerlang tidak dikira hanya membaca buku atau "mentalaah kitab" sahaja, bahkan Mahasiswa Islam yang cemerlang juga adalah mereka yang sentiasa menjaga dan menitik beratkan pertalian ibadah kepada-Nya.
Maka untuk itu,Sedikit sebanyak saya ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat dalam persediaan kita sebelum ke medan pertempuran..
1. Sentiasa melazimi solat berjamaah samaada dirumah ataupun dimasjid..
2. Sentiasa membaca Al-Quran
3. Sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah minta ditetapkan hati dan dilapangkan dada untuk menimba segala ilmu yang telah dipelajari dan dihafal untuk diluahkan ke atas kertas jawapanFirman Allah:
قال ربكم ادعونى استجب لكم
4.Berwuduk dan solat Witir sebelum tidur malam
5. Solat sunat Taubat, Tahajud,Hajat, dan Istikharah apabila terjaga pada tengah malam
6. Mengenang kebesaran Allah s.w.t yang telah menjadikan kita serta segala makhluk yang ada diatas permukaan bumi ini
7. Mengingat nikmat yang telah dianugerahkan Allah s.w.t kepada kita seperti jasad yang sempurna, nyawa, otak yang cerdas, udara untuk bernafas, rezeki yang melimpah-ruah dan kesihatan yang cemerlang.
8. Dan yang terakhir, Minta doa dan Restu ibu dan Ayah.
Perlu diingat, semua perkara ini bukanlah hanya semata-mata dilakukan apabila menjelang musim peperiksaan, tetapi ianya harus diteruskan selagi mana nyawa yang diberi pinjam oleh-Nya masih berada didalam tubuh badan.. Mudah-mudahan kita diberi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. .
" Selagi ruh ini masih di jasad, Aqal ini masih berfikir, jantung masih berdegup, Kehidupan masih belum terhenti. Kehidupan yang brmakna, yang berlandaskan tuntutan Islam. Ramai insan yang sua-sua dahulu merupakan pejuang yang melaungkan kalimah Allah. Inilah kehidupan yang sebenar-benarnya..Janji Allah pasti berlaku.. Maka, gembiralah hati kerana Allah. Hidup dan Mati hanya untuk Allah"
Salam Peperiksaan, Study Smart..moga berjaya dunia Akhirat.. wassalam...
P/s: Kalau berdoa ingat kawan-kawan sekali..;-)
Subscribe to:
Posts (Atom)