-
Kenapa tidak ada basmalah pada surah Taubah
Berkata Ibn Abbas: Aku bertanya Ali: Kenapa tidak ditulis basmalah di dalam surah Bara’ah (taubah)?. Berkata Ali: Ini kerana basmalah menunjukkan keamanan adapun surah bara’ah diturunkan dengan pedang dan membatalkan perjanjian.
Berkata Sufyan bin Uyainah: Sebab tidak diletakkan basmalah pada awal surah ini; Ini kerana basmalah itu adalah satu rahmat, rahmat itu adalah keselamatan. Surah ini diturunkan keatas Munafikin dengan pedang. Tidak ada keamanan dengan Munafikin.
Al-Qurtubi meriwayatkan: Di antara sifat bangsa Arab jahiliah apabila ingin membatalkan perjanjian, mereka akan menulis surat perjanjian dengan tidak disertakan basmalah.
Surah Anfal diturunkan untuk menjelaskan perjanjian dan melaksanakan perjanjian. Adapaun surah Taubah membatalkan perjanjian.
Usman bin Affan menganggap surah Anfal dan surah Taubah merupakan surah yang satu. Anfal permulaan surah. Taubah penutup surah. Ini kerana terdapat kesamaan kisah di antara keduanya. Dari sini Ibn Al-Arabi berkata: Ini bukti adanya boleh menggunakan Qias di dalam agama.
Usman dan para sahabat menggunakan Qias apabila tidak ditemukan nas pada sesuatu masalah. Jika Qias dibenarkan dalam urusan penghimpunan Al-Quran, nescaya terlebih patut di dalam semua hukum hakam.
Disebabkan anggapan keduanya daripada surah yang satu. Maka tidak diletakkan basmalah sebagai pemisah diantara keduanya.
Allahu A’lam
0 comments: