kewajipan menutup aurat
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt kepada semua pebaca-pembaca.
InsyaAllah pada kali ini, saya akan membawakan kepada pembaca-pembaca sekalian pentafsiran ayat Al-Quran, yang mana Firman Allah di dalam surah Al-ahzab, dalam lingkungan ayat 59. yang mana maksud daripada ayat tersebut:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereke dikenali(sebagai perempuan yang baik-baik). Maka dengan itu mereka tidak diganggu, dan (ingatlah) Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Daripada ayat tersebut, apa yang boleh difahami secara umumnya, adalah sebagai satu suruhan ataupun perintah Allah SWT. Secara Khususnya; untuk mereka-mereka yang bergelar sebagai seorang wanita, kewajipan dalam menutup aurat-aurat mereka ketika mana berhajat ingin keluar dari rumah.
Perbahasan mengenai pakaian yang labuh atau boleh dikenali dengan istilah "Jilbab" , ia adalah pakaian yang mana dapat menutup bahagian kepala, dada dan seluruh anggota badan, dan ia juga pakaian yang pakai tidaklah terlampau ketat sehingga menampakkan bentuk-bentuk tubuh badan.
Perintah adalah supaya mereka ini lebih mudah dikenali sebagai seorang perempuan yang baik-baik dan juga supaya mereka tidak mudah diganggu.
Tetapi jika kita perhatikan senario yang berlaku sekarang, sebahagian ataupun mungkin jika kita boleh katakan kebanyakan mereka(perempuan) tidak mengendahkan dan mementingkan batasan aurat sewaktu diluar. Yang mana ianya telah pun digariskan dan diperjelaskan secara Qat'ie(jelas) di dalam Al-Quran(Sumber perundangan Umat Islam yang pertama) dibawah organisai agama Islam itu sendiri.
Persoalannya? Apakah mereka tidak mengetahui (jahil) ataupun memang sengaja tidak mengendahkan perintah yang diturunkan Allah SWT. Jawapannya ada pada anda...
Sekadar peringatan buatmu wahai kaum hawa..Ingatkan!, peliharalah maruah anda! jagalah batasan aurat-aurat anda. carilah keredhaan Allah SWT hidup didunia ini dengan wasilah menutup aurat..moga kehidupan yang dilalui dari hari ke hari didalam keredhaan Allah SWT.
Wallahu taala a'lam..
0 comments: