-
Julang Thaqafah Bakti Dicurah
Bismillah... yang maha pemurah lagi maha penyayang..Selaut kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT, Kerana Diberi lagi kenikmatan hidup didunia. Selawat dan Salam Keatas Junjungan Besar Penghulu Segala Nabi, Muhammad SAW dan juga sahabat-sahabat seperjuangan Baginda..
Peredaran masa berlalu begitu pantas seakan kilat sabung menyabung.. begitu juga Barisan kepimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). tetapi itulah lumrah dunia ketetapan daripada Allah SWT..
Sebelum kalam berbicara lebih panjang, terima kasih diucapkan terlebih dahulu kepada mantan Badan Pengurus PMRAM yang selama ini sentiasa mengambil berat terhadap ahli.. yang kini segala jasa-jasa kalian tidak terbalas..melainkan mengharapkan daripada Allah jua.
Tahniah kepada barisan kepimpinan PMRAM sesi 2008.. Moga kalian tidak Futur dengan jawatan yang telah ditaklifkan. Semoga mandat yang diberikan ini digunakan sebaik yang mungkin untuk manabur bakti kepada ahli khususnya.
kali ini, PMRAM dengan temanya "Julang Thaqafah Bakti Dicurah", suatu ungkapan yang perlu difahami dan perlu juga diambil sebagai suatu cabaran dan semangat untuk terus mencari khazanah-khazanah ilmu di Ardil Kinanah ini..
insyaAllah moga dengan kerja yang iltizam dan bersatu padu didalam persatuan membuahkan hasil yang mana ia dapat dikongsi kemanisannya bersama-sama. insyaAllah...."TERIMA KASIH PMRAM"Struktur Organisasi Kepimpinan PMRAM Sesi 2008
(bermula 22 Mac 2008)Presiden (Pengerusi HEWI)
KHAIRUL ANUAR ISMAILTimbalan Presiden (Lajnah Perancang dan Panitia)
ABDUL MUIIZ MUHAMMADNaib Presiden I (Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan)
MD KHAIRUL ANUAR BIN MOHD ARIFFNaib Presiden II (Lajnah Muhafazah)
MOHD RASUL BIN AMATNaib Presiden III ( Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan)
KHUSAINI BIN MD YUSOFFSetiausaha Agung
SYAFIQ BIN ZULAKIFLITimbalan Setiausaha Agung
HANAFI BIN ZULKAPLINaib Setiausaha Agung (Lajnah Pendaftaran)
SHAHRIZAN BIN MOHD HAZIMEBendahari Kehormat
MOHD IBRAHIM BIN MANSORBadan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
MOHD AZIZUDDIN BIN AZNANBadan Pengetahuan dan Penyelidikan
MOHD AZRUL BIN ISMAILBadan Penerangan dan Penerbitan
MUHAMMAD ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIMBadan Ekonomi
MOHD ZUHAILI BIN SAIMANBadan Sambutan dan Rehlah
MOHD ADLAN BIN MOKHTARUDDINBadan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
NIK MOHD ROSDI BIN NIK JUSOHStruktur Organisasi AJKT HEWI PMRAM Sesi 2008
(bermula 22 Mac 2008)(Pengerusi HEWI)
KHAIRUL ANUAR ISMAILTimbalan Pengerusi HEWI
NORFAIZAH MAD ALINaib Pengerusi I (Unit Perancang & Panitia)
HAFSAH ESANaib Pengerusi II (Unit Dakwah & Pembangunan Insan)
SITI ANISAH AHMADNaib Pengerusi III (Unit Muhafazah)
HERLINA SYARIALSetiausaha HEWI
SHAHIDAH AB MANAFTimbalan Setiausaha HEWI
HALIMATUSSA'DIAH MOHD PUDZINaib Setiausaha HEWI (Unit Pendaftaran)
NORHAFIZA ABDUL WAHABBendahari HEWI
MAHFUZOH SAIDINA ABU BAKARUnit Kebajikan & Kemanusiaan
NORHIDAYAH ABD RAHMANUnit Pendidikan & Komunikasi Bahasa
NOR HIDAYAH CHE YUSOFUnit Pengetahuan & Penyelidikan
SHAHIDATUL AKMA MOHD SHA'ARYUnit Penerangan & Penerbitan
NUR MAZNI AHMAD PAUZIUnit Ekonomi
'IZZATI FARHANA MAHADZIRUnit Sambutan & Rehlah
NORRAUDAH HANUM HJ SALIMUnit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
SITI NORSANIYAH SHAPIIN
more
-
Coretan Ringkas EMINENT 08
Alhamdulillah puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi, kerana dengan izin dan Kehendaknya EMINENT dapat dilaksanakan dengan jayanya.
EMINENT atau nama panjangnya "The Symposium of Malaysian Students In Tanta" ataupun dalam bahasa ibundanya "Simposium Mahasiswa Malaysia Tanta" merupakan program tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT).
Tujuan dan hasrat sebenarnya ia dilaksanakan adalah untuk meningkatkan Thaqafah (Pengetahuan) selain mengeratkan hubungan silaturrahim diantara satu sama lain. Banyak pengisian yang telah disusun sempena program ini. Antaranya, Diskusi Kitab, Bicara Siswa, Forum Bait Muslim, dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan juga "BAZAR" turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana EMINENT 08. Bazar dalam erti kata lain membawa maksud "jualan makanan-makanan" seperti ca koew tiau, Nasi Bukhari, Keropok Lekor dan banyak lagi.
Alhamdulillah Program yang berlangsung sekitar tarikh 9 mac hingga 16 mac ini mendapat sambutan yang tinggi, bukan sahaja Ahli Dpmt malah dari luar kawasan Tanta juga turut sama-sama hadir.
Terima kasih Semua Kawan-kawan.. Hilangkan rasa kenegerian antara kita, yang penting adalah ikatan silaturrahim sesama kita.. Moga hubungan ini tiada bibit-bibit permusuhan dan dendam.. binalah ukhwah kerana Allah.. InsyaAllah ianya akan kekal dalam ingatan dan terpahat didalam sanubari..
Tidak dilupakan barisan Ahli Jawatan Kuasa Perlaksana EMINENT 08:
yang sama-sama memikul pundak tanggungjawab demi mengharapkan program berjalan dengan lancar. Moga kerja-kerja yang dilaksanakan dibalas ganjaran pahala oleh Allah SWT.. Amin....Sekian dahulu serba ringkas coretan EMINENT 08.. Sedikit Kalam daripada ana..
"Elakkan Permusuhan Jalinkan Persaudaraan"
more
-
Penamaan calon 24 Feb, mengundi 8 Mac
Hari penamaan calon pilihanraya umum ke-12 ditetapkan pada 24 Februari manakala pengundian akan diadakan pada 8 Mac depan.
Tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pagi ini.
Ini bermakna, tempoh berkempen kali ini dilanjutkan kepada 13 hari berbanding hanya lapan hari dalam pilihanraya umum 2004.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, beliau berkata, senarai pendaftar pemilih induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari lalu, akan digunapakai dalam pilihanraya umum ke-12.
abdul rashid abdul rahman and spr and general election 130208Berdasarkan senarai tersebut, katanya, terdapat 10,922,139 pengundi - iaitu 10,701,054 pengundi awam dan 221,085 pengundi - yang layak mengundi dalam pilihanraya umum kali ini.
Menurut Abdul Rashid, SPR telah diumumkan secara rasmi oleh Istana Negara semalam bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan membubarkan Parlimen berkuatkkuasa 13 Februari 2008.
Di samping itu, katanya, SPR juga menerima pengisytiharan dari 12 negeri, tidak termasuk Sarawak, mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh sultan dan Yang Dipertua negeri masing-masing.
Abdul Rashid berkata, writ pilihanraya akan dikeluarkan esok kepada semua pegawai pengurus pilihanraya yang telah dilantik untuk mengendalikan proses pilihanraya di seluruh negara.
Jumlah kerusi
jumlah kerusi parlimen dan negeri 140208Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri akan dipertanding dalam pilihanraya umum kali ini.
Ini tidak termasuk 71 kerusi DUN di Sarawak yang tidak dipertandingkan kali ini.
Secara terperincinya, Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen dan 15 DUN, Kedah (15 Parlimen, 36 DUN), Kelantan (14 Parlimen, 45 DUN), Terengganu (8 Parlimen, 32 DUN), Pulau Pinang (13 Parlimen, 40 DUN), Perak (24 Parlimen, 59 DUN), Pahang (14 Parlimen, 42 DUN).
Selangor (22 Parlimen, 56 DUN), Negeri Sembilan (8 Parlimen, 36 DUN), Melaka (6 Parlimen, 28 DUN), Johor (26 Parlimen, 56 DUN), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 Parlimen), Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 Parlimen) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1 Parlimen),
Sabah 25 Parlimen, 60 DUN) dan Sarawak (31 Parlimen, 71 DUN).
Ini bermakna 166 kerusi Parlimen dan 445 kerusi DUN akan dipertandingkan di Semenanjung Malaysia manakala bakinya 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak serta 60 kerusi DUN di Sabah.
Dalam pilihanraya umum 2004, bagi kerusi Parlimen, Barisan Nasional (BN) memenangi 199 kerusi, DAP (12), PAS (6), PKR (1) dan Bebas (1).
Sumber : Malaysia Kini
more
-
EMINENT '08
THE SYMPOSIUM OF MALAYSIAN STUDENT'S IN TANTA (EMINENT '08)
SIMPOSIUM MAHASISWA MALAYSIA DI TANTA
EMINENT AKAN DIADAKAN PADA 9 MAC HINGGA 16 MAC 2008Pendaftaran Boleh dibuat melalui:-1) BARISAN AJKT TANTA2) PENGHULU KAMSIS3) BAHROM SANUSI (Pengarah Publisiti dan Pendaftaran)4) AZHAN HAMDAN (Wakil Perubatan Lelaki)5) WAN NOR AIN ALYA ZAIN (Wakil Perubatan Perempuan )
more
-
Dato' Ishak Baharom meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam
Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.
Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.
Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.
Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.
Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.
Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri.Sumber:- Harakah Daily
more
-
Juara Piala EXCO 07/08
Tahniah dan Syabas kepada pasukan ABUO FIRKHAH kerana menjuarai piala EXCO hari ini..
(Gambar)
more
-
Petua Mencuci Hati
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. contohnya: "Ya Allah jadikan hatiku bersih"2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan,dapat mencuci hati dan menenangkan minda.4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang,dan Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"(surah al ikhlas) sebanyak 3X.5) Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Akusebenarnya.. ....(perkarayang elok-elok belaka)7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya,ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan matibila-bila masa)10) Kekalkan wuduk11) Bersedekah12) Belanja orang makan.13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat14) Berkawan dengan ulama15) Berkawan dengan orang miskin(menginsafi)16) Pesan pada orang, jadi baik17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut...dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat
more