-
Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 1
1. AQIDAH YANG SEJAHTERA (سليمة العقيدة) .
Ciri-ciri sejahtera aqidah :
1. Tidak mempercayai kuasa lain selain Allah s.w.t .
2. Melakukan amal kerana Allah s.w.t .
3. Beriman dengan melakukan semua rukun Islam .
4. Beriman dengan semua rukun Iman .
5. Belajar kerana Allah s.w.t , Bukan kerana Sijil ataupun kerana manusia .
6. Mensyukuri Nikmat yang telah diberi Allah.
7. Mempercayai Allah s.w.t. sentiasa memerhati setiap perbuatan dan gerak geri hamba-Nya .
8. Menjauhi percakapan yang Tidak mendatangkan sebarang manfaat .
*Bersambung akan datang...
more
-
Rakyat tertipu isu minyak
Pengumuman kerajaan mengenai kenaikan masing-masing 40 dan 63 peratus harga petrol dan diesel amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga mereka "terasa tertipu", kata presiden PKR.
"Dalam pada kononnya kerajaan simpati dengan beban yang ditanggung rakyat atas kenaikan harga barang, tindakan kerajaan ini barang pasti akan melonjakkan lagi harga tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat," kata Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata hujah kerajaan bahawa kenaikan tersebut akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi sebagai "alasan basi" dan tidak dapat diterima rakyat.
"Bukan setakat itu sahaja, kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak, banyak menimbulkan persoalan.
"Datuk Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.
"Apatah lagi menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru itu kami menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion," katanya.
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pula menggesa duit sebanyak RM13.7 bilion hasil penjimatan bagi mengurangkan beban kos sara hidup pengguna.
Gabungan itu mencadangkan kerajaan meningkatkan khidmat pengangkutan awam dan menyelaraskan kadar perkhidmatan lain dengan tarif baru elektrik.
“Di samping tarif elektrik, tarif dan kadar-kadar (caj) perkhidmatan telekomunikasi, air, cukai jalan, tambang pengangkutan awam, (yuran) kesihatan, pendidikan dan perumahan harus diselaraskan supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mendapat keselesaan hidup," kata setiausaha agungnya Muhammad Sha’ani Abdullah.
Beliau juga berkata, kerajaan harus menggesa bank-bank menjadualkan semula bayaran balik pinjaman, termasuk kemudahan kad kredit dan overdraf yang bermasalah.
Fomca turut mencadangkan ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Persekutuan (KWSP) diberikan pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang rendah melalui Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk golongan berpendapatan rendah.
Wan Azizah juga berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti Emirian Arab Bersatu atau Nigeria (lihat jadual).
Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melahirkan kebimbangan mengenai kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa hari ini.
Guan Eng, yang kini dalam lawatan ke Korea, berkata kenaikan mendadak ini “tidak efisyen dari segi sosial dan tidak adil dari segi ekonomi” kerana ia tidak mengambil kira masalah meningkatkan produktiviti dan penjimatan tenaga.
Beliau juga menganggap kenaikan itu “pro-orang kaya dan menghukum si miskin” selagi syarikat besar seperti pengeluar tenaga independen terus dibekalkan subsidi.
Katanya, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus mengkaji sama ada langkah yang dilaksanakan ini benar-benar dapat meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) pula menuntut kerajaan menjelaskan kedudukan perbelajaan Petronas dengan lebih telus dan mewujudkan satu polisi berhemat penggunaan pendapatan negara.
Pengerusinya Mohd Azmi Abdul Hamid melahirkan rasa bimbang dengan ketirisan keuntungan Petronas yang menunjukkan kerajaan tidak bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat.
"Kami khuatir dengan gejala ketirisan perbelanjaaan Negara serta keuntungan besar Petronas yang masih dibelanjakan dengan keadaan tidak telus membuat rakyat mempunyai prasangaka besar bahawa kerajaan tidak bertindak bijak ke atas kebajikan rakyat," katanya.sumber :- malaysiakini
more
-
Persediaan imtihan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Setiap manusia didunia ini tidak lari dari menghadapi sebarang ujian. Allah swt menguji hamba-Nya, supaya manusia mengingati Kebesaran dan Kekuasaan-Nya. Sebenarnya, dengan sifat kesabaran kita dalam menghadapi ujian yang diberi-Nya dapat meningkatkan keimanan kita kepada-Nya.
Oleh yang demikian, bahawasanya perlulah kita sedar hakikat kehidupan ini semestinya memerlukan pergantungan yang abadi kepada pencipta Rabbul Izati..
Dikesempatan ini, dengan hampirnya "fatrah imtihan" marilah kita sama-sama muhasabah semula perjalanan hidup ini, adakah kita menjaga hubungan kita kepada Allah dan juga persiapan kita sebelum tibanya hari peperiksaan, sama ada persediaan itu dari sudut rohani,jasmani,dan juga kekuatan mental itu sendiri..
Justeru, sebagai Mahasiswa Islam sememangnya perlu kita tahu sebenarnya kecemerlangan kita didunia ini semuanya dibawah kekuasaan-Nya, hanya usaha, doa dan tawakal kita sahaja yang mampu mendapat belas kasihan Allah. Maka dengan itu, aspek kerohanian manjadi wadah utama kita agar sentiasa kita dalam naungan dan bantuan-Nya..
Oleh kerana sebagai Muslim yang beriktiqad mentauhidkan Allah, Kita tidak boleh lari untuk menjaga hubungan kita kepada Allah, Kerana, dengan istiqamahnya dalam menjaga hubungan kita kepada Allah akan menjadi wasilah untuk mendapat kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan. Bagi saya, Mahasiswa yang cemerlang tidak dikira hanya membaca buku atau "mentalaah kitab" sahaja, bahkan Mahasiswa Islam yang cemerlang juga adalah mereka yang sentiasa menjaga dan menitik beratkan pertalian ibadah kepada-Nya.
Maka untuk itu,Sedikit sebanyak saya ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat dalam persediaan kita sebelum ke medan pertempuran..
1. Sentiasa melazimi solat berjamaah samaada dirumah ataupun dimasjid..
2. Sentiasa membaca Al-Quran
3. Sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah minta ditetapkan hati dan dilapangkan dada untuk menimba segala ilmu yang telah dipelajari dan dihafal untuk diluahkan ke atas kertas jawapanFirman Allah:
قال ربكم ادعونى استجب لكم
4.Berwuduk dan solat Witir sebelum tidur malam
5. Solat sunat Taubat, Tahajud,Hajat, dan Istikharah apabila terjaga pada tengah malam
6. Mengenang kebesaran Allah s.w.t yang telah menjadikan kita serta segala makhluk yang ada diatas permukaan bumi ini
7. Mengingat nikmat yang telah dianugerahkan Allah s.w.t kepada kita seperti jasad yang sempurna, nyawa, otak yang cerdas, udara untuk bernafas, rezeki yang melimpah-ruah dan kesihatan yang cemerlang.
8. Dan yang terakhir, Minta doa dan Restu ibu dan Ayah.
Perlu diingat, semua perkara ini bukanlah hanya semata-mata dilakukan apabila menjelang musim peperiksaan, tetapi ianya harus diteruskan selagi mana nyawa yang diberi pinjam oleh-Nya masih berada didalam tubuh badan.. Mudah-mudahan kita diberi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. .
" Selagi ruh ini masih di jasad, Aqal ini masih berfikir, jantung masih berdegup, Kehidupan masih belum terhenti. Kehidupan yang brmakna, yang berlandaskan tuntutan Islam. Ramai insan yang sua-sua dahulu merupakan pejuang yang melaungkan kalimah Allah. Inilah kehidupan yang sebenar-benarnya..Janji Allah pasti berlaku.. Maka, gembiralah hati kerana Allah. Hidup dan Mati hanya untuk Allah"
Salam Peperiksaan, Study Smart..moga berjaya dunia Akhirat.. wassalam...
P/s: Kalau berdoa ingat kawan-kawan sekali..;-)
more
-
Kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia dan Sukan.
Teresa Kok
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan
Dr. Hassan Mohamed Ali
Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Yaakob Sapari
Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber dan Pembangunan Usahawan
Rodziah Ismail
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Teknologi dan Inovasi
D r. Xavier Jayakumar
Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin
Dr. Halimah Ali
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Iskandar Abdul Samad
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Ronnie Liu
Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan
Elizabeth Wong
Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Ean Yong Hian Wah
Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram
KLANG 24 Mac - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semua portfolio berkenaan akan diteliti semula selepas enam bulan bagi menentukan keberkesanannya terhadap pentadbiran kerajaan negeri
“Selepas tempoh itu, kita akan menilai semula keberkesanannya dan jika perlu kita akan buat perubahan untuk meningkatkan lagi kecekapan pentadbiran negeri,” katanya ketika mengumumkan senarai Exco di sini hari iniMengenai permintaan DAP untuk mewujudkan jawatan timbalan menteri besar, Abdul Khalid menjelaskan, setakat ini pihaknya tidak membincangkan perkara itu.
“Kita tidak ada jawatan timbalan menteri besar. Bagaimanapun kita akan membuat penilaian terhadap prestasi Exco untuk mengisi jawatan ini jika perlu pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata, anggota Exco yang dilantik itu terdiri daripada mereka yang memiliki pengalaman dan kelulusan akademik sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan.
more
-
menteri besar selangor
Y.A.B. TAN SRI DATO` ABD KHALID BIN IBRAHIM
Jawatan:Dato` :
Menteri Besar Selangor
Pejabat:
Pejabat Menteri Besar Selangor Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam
Tel: 03-55141119/55447013 Fax: 55190032
Kediaman Rasmi:
Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor,Jalan Permata 7/1,Seksyen 7,40000 Shah AlamBIODATAY.A.B. TAN SRI DATO` ABD KHALID BIN IBRAHIM
Y.A.B. Tan Sri Dato` Abd Khalid Bin Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P., lahir pada 1946 di Jeram, Selangor.
Memperoleh Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Unit Investment Fund.
Ahli “Financial Engineering Advisory Forum” Bank Pembangunan Islam, Jeddah.
Ahli gantian Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).
Menganggotai Lembaga Pusat Produktiviti Kebangsaan dan anggota Lembaga Amanah Institut Kaji Selidik Ekonomi Malaysia (MIER).
Merupakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.
Pernah berkhidmat sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat di samping pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad.
Di samping itu, beliau turut menjadi Pengerusi Highlands and Lowlands dan Guthrie Ropel, yang merupakan syarikat-syarikat perladangan yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Telah menghadiri International Visitors Program Amerika Syarikat pada 1983 dan Feloship Pertukaran Einsenhower pada 1989.
Pada Disember 15, 1998, Tan Sri menerima anugerah CEO Tahunan Malaysia 1997 yang dianjurkan bersama oleh Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Tan Sri turut mendapat pengiktirafan dari Universiti Queensland apabila menerima Anugerah Alumnus Antarabangsa yang pertama pada 2001.
Pada Julai 10, 2003, Tan Sri menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002 (First Asian Academy of Applied Business)” dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan baru sahaja dianugerahkan Feloship Pelawat Kanan oleh Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford.
Dan kini Tan Sri berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor yang ke 14.sumber: Portal kerajaan Negeri selangor
more
-
Julang Thaqafah Bakti Dicurah
Bismillah... yang maha pemurah lagi maha penyayang..Selaut kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT, Kerana Diberi lagi kenikmatan hidup didunia. Selawat dan Salam Keatas Junjungan Besar Penghulu Segala Nabi, Muhammad SAW dan juga sahabat-sahabat seperjuangan Baginda..
Peredaran masa berlalu begitu pantas seakan kilat sabung menyabung.. begitu juga Barisan kepimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). tetapi itulah lumrah dunia ketetapan daripada Allah SWT..
Sebelum kalam berbicara lebih panjang, terima kasih diucapkan terlebih dahulu kepada mantan Badan Pengurus PMRAM yang selama ini sentiasa mengambil berat terhadap ahli.. yang kini segala jasa-jasa kalian tidak terbalas..melainkan mengharapkan daripada Allah jua.
Tahniah kepada barisan kepimpinan PMRAM sesi 2008.. Moga kalian tidak Futur dengan jawatan yang telah ditaklifkan. Semoga mandat yang diberikan ini digunakan sebaik yang mungkin untuk manabur bakti kepada ahli khususnya.
kali ini, PMRAM dengan temanya "Julang Thaqafah Bakti Dicurah", suatu ungkapan yang perlu difahami dan perlu juga diambil sebagai suatu cabaran dan semangat untuk terus mencari khazanah-khazanah ilmu di Ardil Kinanah ini..
insyaAllah moga dengan kerja yang iltizam dan bersatu padu didalam persatuan membuahkan hasil yang mana ia dapat dikongsi kemanisannya bersama-sama. insyaAllah...."TERIMA KASIH PMRAM"Struktur Organisasi Kepimpinan PMRAM Sesi 2008
(bermula 22 Mac 2008)Presiden (Pengerusi HEWI)
KHAIRUL ANUAR ISMAILTimbalan Presiden (Lajnah Perancang dan Panitia)
ABDUL MUIIZ MUHAMMADNaib Presiden I (Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan)
MD KHAIRUL ANUAR BIN MOHD ARIFFNaib Presiden II (Lajnah Muhafazah)
MOHD RASUL BIN AMATNaib Presiden III ( Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan)
KHUSAINI BIN MD YUSOFFSetiausaha Agung
SYAFIQ BIN ZULAKIFLITimbalan Setiausaha Agung
HANAFI BIN ZULKAPLINaib Setiausaha Agung (Lajnah Pendaftaran)
SHAHRIZAN BIN MOHD HAZIMEBendahari Kehormat
MOHD IBRAHIM BIN MANSORBadan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
MOHD AZIZUDDIN BIN AZNANBadan Pengetahuan dan Penyelidikan
MOHD AZRUL BIN ISMAILBadan Penerangan dan Penerbitan
MUHAMMAD ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIMBadan Ekonomi
MOHD ZUHAILI BIN SAIMANBadan Sambutan dan Rehlah
MOHD ADLAN BIN MOKHTARUDDINBadan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
NIK MOHD ROSDI BIN NIK JUSOHStruktur Organisasi AJKT HEWI PMRAM Sesi 2008
(bermula 22 Mac 2008)(Pengerusi HEWI)
KHAIRUL ANUAR ISMAILTimbalan Pengerusi HEWI
NORFAIZAH MAD ALINaib Pengerusi I (Unit Perancang & Panitia)
HAFSAH ESANaib Pengerusi II (Unit Dakwah & Pembangunan Insan)
SITI ANISAH AHMADNaib Pengerusi III (Unit Muhafazah)
HERLINA SYARIALSetiausaha HEWI
SHAHIDAH AB MANAFTimbalan Setiausaha HEWI
HALIMATUSSA'DIAH MOHD PUDZINaib Setiausaha HEWI (Unit Pendaftaran)
NORHAFIZA ABDUL WAHABBendahari HEWI
MAHFUZOH SAIDINA ABU BAKARUnit Kebajikan & Kemanusiaan
NORHIDAYAH ABD RAHMANUnit Pendidikan & Komunikasi Bahasa
NOR HIDAYAH CHE YUSOFUnit Pengetahuan & Penyelidikan
SHAHIDATUL AKMA MOHD SHA'ARYUnit Penerangan & Penerbitan
NUR MAZNI AHMAD PAUZIUnit Ekonomi
'IZZATI FARHANA MAHADZIRUnit Sambutan & Rehlah
NORRAUDAH HANUM HJ SALIMUnit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
SITI NORSANIYAH SHAPIIN
more
-
Coretan Ringkas EMINENT 08
Alhamdulillah puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi, kerana dengan izin dan Kehendaknya EMINENT dapat dilaksanakan dengan jayanya.
EMINENT atau nama panjangnya "The Symposium of Malaysian Students In Tanta" ataupun dalam bahasa ibundanya "Simposium Mahasiswa Malaysia Tanta" merupakan program tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT).
Tujuan dan hasrat sebenarnya ia dilaksanakan adalah untuk meningkatkan Thaqafah (Pengetahuan) selain mengeratkan hubungan silaturrahim diantara satu sama lain. Banyak pengisian yang telah disusun sempena program ini. Antaranya, Diskusi Kitab, Bicara Siswa, Forum Bait Muslim, dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan juga "BAZAR" turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana EMINENT 08. Bazar dalam erti kata lain membawa maksud "jualan makanan-makanan" seperti ca koew tiau, Nasi Bukhari, Keropok Lekor dan banyak lagi.
Alhamdulillah Program yang berlangsung sekitar tarikh 9 mac hingga 16 mac ini mendapat sambutan yang tinggi, bukan sahaja Ahli Dpmt malah dari luar kawasan Tanta juga turut sama-sama hadir.
Terima kasih Semua Kawan-kawan.. Hilangkan rasa kenegerian antara kita, yang penting adalah ikatan silaturrahim sesama kita.. Moga hubungan ini tiada bibit-bibit permusuhan dan dendam.. binalah ukhwah kerana Allah.. InsyaAllah ianya akan kekal dalam ingatan dan terpahat didalam sanubari..
Tidak dilupakan barisan Ahli Jawatan Kuasa Perlaksana EMINENT 08:
yang sama-sama memikul pundak tanggungjawab demi mengharapkan program berjalan dengan lancar. Moga kerja-kerja yang dilaksanakan dibalas ganjaran pahala oleh Allah SWT.. Amin....Sekian dahulu serba ringkas coretan EMINENT 08.. Sedikit Kalam daripada ana..
"Elakkan Permusuhan Jalinkan Persaudaraan"
more
