-
Cuti Semester 2
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, Syukur Lillahi Taala.. Peperiksaan semester ke-2 telah pun selesai.. Mudah-mudahan menatijahkan keputusan yang cemerlang.. A'la kulli hal, semuanya dibawah kekuasaan-Nya.. Hanya Doa dan Tawakal sebagai kesinambungan untuk mencapai keputusan yang dihajati.
Cuti Kuliah lebih kurang 3 bulan setengah ini membuatkan saya terfikir dalam merancang pelbagai aktiviti bagi mengelakkan masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja. Seperti biasa pada musim cuti kali ini, akan diteruskan juga untuk mengahafal Quran juzuk 7 dan 8, disamping mengulang juzuk 1 hingga 6. Mudah-mudah ianya tercapai.
ermm..takpela.. rasanya banyak lagi perancangan yang ingin disusun rapi. InsyaAllah kita boleh bersama agar sama-sama mendapat manfaat yang berguna..
P/s: Ingatla..sesungguhnya setiap masa yang dianugerahkan kepada kita adalah sangat berguna dan berharga diibaratkan ia seperti emas, maka jagala ia dengan sebaik mungkin. diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Wallahu'alam..Assalamualaikum..
Rabu:18 jun 08
12.00 malam..
more
-
Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 5
5. INTELEKTUAL (مثقف الفكر)
Ciri-ciri berpengatahuan :
1. selalu membaca bahan ilmiah, menganalisis dan mengeluarkan output yang bermanafaat kepada masyarakat
2. Menghafaz A-Quran dan Memelihara hukum-hukum tilawah
3. Menghafaz hadith
4. Mempelajari sirah Nabi Muhammad s.a.w.
5. Mengenali sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga
6. Mengetahui hukum-hukum solat.
7. Mengetahui hukum-hukum puasa.
8. Mengetahui hukum taharah(bersuci)
9. Memahirkan diri dengan teknologi moden
10. Peka dengan pertubuhan yang menyeleweng
11. Mengetahui hukum menutup aurat
12. Berfikiran positif
more
-
Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 4
4. MAMPU BERDIKARI (قادرا على الكسب)
Ciri-ciri mampu bekerja sendiri :
1. Tidak menangguhkan tugasan.
2. Membasuh pakaian sendiri.
3. Boleh berjauhan dari ibu bapa.
4. Memelihara harta peribadi dan kampus.
5. Membuat kerja kursus dengan baik.
6. Menyempurnakan tugasan dengan sempurna.
7. Mengulangkaji pelajaran.
8. Mampu membuat jadual waktu dan mengikutinya.
9. Mengurus secara teratur persatuan / aktiviti kampus
10. Tidak membazir
11. Menjaga hak orang lain
more
-
Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 3
3. AKHLAK YANG MANTAP (متين الخلق)
Ciri-ciri akhlak yang mantap :
1. Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.
2. Tidak berbangga dengan diri sendiri .
3. Tidak menipu ibu bapa dan guru .
4. Menziarahi kawan yang sakit .
5. Memberikan kerjasama dalam perkara-perkara kebaikan .
6. Menutup aurat dengan sempurna
7. Menjaga batas-batas pergaulan antara siswa-siswi
8. Tidak mengadu domba.
9. Tidak mengumpat, mengejek dan menghina .
10. Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk .
11. Menghormati guru, orang tua dan menyayangi yang lebih kecil .
12. Menunaikan janji apabila berjanji .
13. Menundukkan pandangan .
14. Menjaga rahsia dan amanah .
15. Menjaga aib orang lain .
16. Tidak merokok dan tidak menghampiri dadah dan arak .
17. Menghormati jiran .
18. Tidak banyak ketawa .
19. Tidak mementingkan diri sendiri .
*Bersambung akan datang...
more
-
Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 2
2. IBADAH YANG SAHIH (صحيح العبادة)
Ciri-ciri ibadah yang sahih :
1. Solat diawal waktu . (assolah fi awwali waktiha)
2. Menjauhi perkara makruh .
3. Bersuci dengan sempurna .
4. Meningkatkan mutu solat .
5. Menjadikan amalan membaca al-quran sebagai rutin harian .
6. Menghayati isi kandungan Al-Quran
7. Setiap perbuatan yang baik dilakukan dengan niat kerana Allah s.w.t
8. Istimrar( melazimi) dalam melakukan solat berjamaah .
9. Melazimi diri untuk berqiamullail , Sekurang-kurangnya sekali seminggu.
10. Menyempurnakan puasa wajib dan melazimkan puasa sunat.
11. Menunaikan nazar apabila bernazar .
12. Selalu bemuhasabah dan beristighfar apabila melakukan kesilapan.
*bersambung akan datang....
more
-
Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 1
1. AQIDAH YANG SEJAHTERA (سليمة العقيدة) .
Ciri-ciri sejahtera aqidah :
1. Tidak mempercayai kuasa lain selain Allah s.w.t .
2. Melakukan amal kerana Allah s.w.t .
3. Beriman dengan melakukan semua rukun Islam .
4. Beriman dengan semua rukun Iman .
5. Belajar kerana Allah s.w.t , Bukan kerana Sijil ataupun kerana manusia .
6. Mensyukuri Nikmat yang telah diberi Allah.
7. Mempercayai Allah s.w.t. sentiasa memerhati setiap perbuatan dan gerak geri hamba-Nya .
8. Menjauhi percakapan yang Tidak mendatangkan sebarang manfaat .
*Bersambung akan datang...
more
-
Rakyat tertipu isu minyak
Pengumuman kerajaan mengenai kenaikan masing-masing 40 dan 63 peratus harga petrol dan diesel amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga mereka "terasa tertipu", kata presiden PKR.
"Dalam pada kononnya kerajaan simpati dengan beban yang ditanggung rakyat atas kenaikan harga barang, tindakan kerajaan ini barang pasti akan melonjakkan lagi harga tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat," kata Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata hujah kerajaan bahawa kenaikan tersebut akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi sebagai "alasan basi" dan tidak dapat diterima rakyat.
"Bukan setakat itu sahaja, kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak, banyak menimbulkan persoalan.
"Datuk Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.
"Apatah lagi menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru itu kami menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion," katanya.
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pula menggesa duit sebanyak RM13.7 bilion hasil penjimatan bagi mengurangkan beban kos sara hidup pengguna.
Gabungan itu mencadangkan kerajaan meningkatkan khidmat pengangkutan awam dan menyelaraskan kadar perkhidmatan lain dengan tarif baru elektrik.
“Di samping tarif elektrik, tarif dan kadar-kadar (caj) perkhidmatan telekomunikasi, air, cukai jalan, tambang pengangkutan awam, (yuran) kesihatan, pendidikan dan perumahan harus diselaraskan supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mendapat keselesaan hidup," kata setiausaha agungnya Muhammad Sha’ani Abdullah.
Beliau juga berkata, kerajaan harus menggesa bank-bank menjadualkan semula bayaran balik pinjaman, termasuk kemudahan kad kredit dan overdraf yang bermasalah.
Fomca turut mencadangkan ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Persekutuan (KWSP) diberikan pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang rendah melalui Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk golongan berpendapatan rendah.
Wan Azizah juga berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti Emirian Arab Bersatu atau Nigeria (lihat jadual).
Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melahirkan kebimbangan mengenai kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa hari ini.
Guan Eng, yang kini dalam lawatan ke Korea, berkata kenaikan mendadak ini “tidak efisyen dari segi sosial dan tidak adil dari segi ekonomi” kerana ia tidak mengambil kira masalah meningkatkan produktiviti dan penjimatan tenaga.
Beliau juga menganggap kenaikan itu “pro-orang kaya dan menghukum si miskin” selagi syarikat besar seperti pengeluar tenaga independen terus dibekalkan subsidi.
Katanya, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus mengkaji sama ada langkah yang dilaksanakan ini benar-benar dapat meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) pula menuntut kerajaan menjelaskan kedudukan perbelajaan Petronas dengan lebih telus dan mewujudkan satu polisi berhemat penggunaan pendapatan negara.
Pengerusinya Mohd Azmi Abdul Hamid melahirkan rasa bimbang dengan ketirisan keuntungan Petronas yang menunjukkan kerajaan tidak bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat.
"Kami khuatir dengan gejala ketirisan perbelanjaaan Negara serta keuntungan besar Petronas yang masih dibelanjakan dengan keadaan tidak telus membuat rakyat mempunyai prasangaka besar bahawa kerajaan tidak bertindak bijak ke atas kebajikan rakyat," katanya.sumber :- malaysiakini
more