Photobucket
  • kewajipan menutup aurat
    Bismillahirrahmanirrahim..

    Assalamualaikum wbt kepada semua pebaca-pembaca.

    InsyaAllah pada kali ini, saya akan membawakan kepada pembaca-pembaca sekalian pentafsiran ayat Al-Quran, yang mana Firman Allah di dalam surah Al-ahzab, dalam lingkungan ayat 59. yang mana maksud daripada ayat tersebut:

    "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereke dikenali(sebagai perempuan yang baik-baik). Maka dengan itu mereka tidak diganggu, dan (ingatlah) Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

    Daripada ayat tersebut, apa yang boleh difahami secara umumnya, adalah sebagai satu suruhan ataupun perintah Allah SWT. Secara Khususnya; untuk mereka-mereka yang bergelar sebagai seorang wanita, kewajipan dalam menutup aurat-aurat mereka ketika mana berhajat ingin keluar dari rumah.


    Perbahasan mengenai pakaian yang labuh atau boleh dikenali dengan istilah "Jilbab" , ia adalah pakaian yang mana dapat menutup bahagian kepala, dada dan seluruh anggota badan, dan ia juga pakaian yang pakai tidaklah terlampau ketat sehingga menampakkan bentuk-bentuk tubuh badan.

    Perintah adalah supaya mereka ini lebih mudah dikenali sebagai seorang perempuan yang baik-baik dan juga supaya mereka tidak mudah diganggu.

    Tetapi jika kita perhatikan senario yang berlaku sekarang, sebahagian ataupun mungkin jika kita boleh katakan kebanyakan mereka(perempuan) tidak mengendahkan dan mementingkan batasan aurat sewaktu diluar. Yang mana ianya telah pun digariskan dan diperjelaskan secara Qat'ie(jelas) di dalam Al-Quran(Sumber perundangan Umat Islam yang pertama) dibawah organisai agama Islam itu sendiri.

    Persoalannya? Apakah mereka tidak mengetahui (jahil) ataupun memang sengaja tidak mengendahkan perintah yang diturunkan Allah SWT. Jawapannya ada pada anda...

    Sekadar peringatan buatmu wahai kaum hawa..Ingatkan!, peliharalah maruah anda! jagalah batasan aurat-aurat anda. carilah keredhaan Allah SWT hidup didunia ini dengan wasilah menutup aurat..moga kehidupan yang dilalui dari hari ke hari didalam keredhaan Allah SWT.

    Wallahu taala a'lam..

    more
  • Pendedahan Aurat dan Kejahilan Wanita Nama Islam Kini Berikut ialah situasi kejahilan wanita Islam mempamirkan tubuh badan mereka secara percuma kepada lelaki yang boleh mengawininya dan kepada pandangan orang bukan Islam.


    Situasi Kejahilan 1:

    Seorang wanita yang nama Islam bekerja di kedai atau pusat jualan pakaian wanita. Ia bekerja sebagai jurujual. Pusat menjual pakaian ini banyak menjual pakaian baju kurung,jubah dan berbagai jenis fesyen yang sesuai untuk dipakai oleh wanita Islam. Pemiliknya adalah orang berbagsa Cina beragama Budha. Apa yang menarik gadis yang berbangsa Cina di kaunter memakai baju kurung tanpa tudung. Malangnya anak Melayu nama Islam berpakaian seksi berseluar ketat, baju Tshirt lengan pendek,singkat bila duduk nampak kulit belakang. Mengapa generasi wanita hari ini jahil agamanya sendiri.Apakah ibu bapa atau suaminya juga jahil syariat Islam. Bekerja ditempat jual pakaian pun tidak mampu berpakaian ikut syariat Islam. Kita boleh lihat sendiri semasa membeli belah dimusim hampir hari raya.

    Situasi Kejahilan 2:

    Kedai menjual kitab dan buku agama ada di mana-mana. Namun kita juga amat terkejut jika terdapat pekerja wanitanya berpakaian seluar jean ketat dan sendat. Jual kitab tetapi tidak ambil tahu apa yang ada dalam kitab. Kitab khusus bab aurat wanita ada berbagai judul tetapi tidak diambil peduli. Yang penting cukup bulan dapat gaji. Jual kitab agama pun tidak dapat hidayah.

    Situasi Kejahilan 3:

    Bila hampir menjelang Hari Raya Aidil Fitri, pusat jualan pakaian menjadi tumpuan orang ramai terutama golongan wanita. Ramai wanita yang datang dengan berpakaian seksi, berselur jean ketat, Tshirt- Trend Fesyen Barat Kristian memilih fesyen baju kurung untuk pakai hari raya. Sudah jadi trend bila hari raya hendak ikut ajaran Islam. Lepas raya dedah aurat pula. Mengapa wanita kini jahil sangat ajaran Islam.

    Situasi Kejahilan 4:

    Seorang ibu dengan berpakaian sopan menutup aurat. Ayah memakai ketayap putih di kepala. Namun anak dara yang bersamanya berpakaian trend wanita barat, tidak menutup aurat. Mengapa ibu bapa yang berketayap putih tidak mampu mendidik anak perempuannya mematuhi syariat Allah. . Mengapa ribuan bapa yang memenuhi majid setiap solat Jumaat tidak ada kesedaran agama. Apakah mereka beragama sebagai adat sahaja. Inilah situasi yang amat menyedihkan dan bakal meninggal jenerasi yang akan berpakain baju dalam dan seluar dalam dimasa akan datang.

    Memadai 4 situasi ini untuk kita fikir bersama. Belum lagi situasi drama dan filem orang Melayu yang pengarahnya mengelirukan Islam dalam berpakaian.

    more
  • Ramadan beri peluang bersih jiwa IBADAT puasa mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri sama ada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan.

    Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah semata-mata, akan dapat membentuk jiwa bersih.

    Mereka dapat menahan nafsu sama ada nafsu jantina, makan minum serta melawan diri daripada melakukan sifat tercela seperti mengumpat dan mengeluarkan kata-kata kotor dan lucah.

    Begitu juga dari segi kesihatan. Inilah masanya tubuh kita berehat selepas sepanjang masa bekerja tanpa henti.

    Al-Tobrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berperanglah kamu nescaya kamu akan mendapat rampasan perang, berpuasalah kamu nescaya kamu sihat dan musafirlah kamu nescaya kamu senang.”

    Puasa juga mempunyai rahsia di sudut kemasyarakatan iaitu memupuk perasaan rahmat dan kasihan belas terhadap anak yatim dan fakir miskin.

    Perkara ini kerana orang yang kaya dapat merasakan lapar dan dahaga yang dihadapi fakir miskin.

    Tentulah orang yang beriman dan pengasih akan tersentuh perasaan untuk berkasih sayang dan menolong orang yang tidak berkemampuan.

    Oleh itu, jadikanlah Ramadan dan ibadat puasa yang kita kerjakan tahun ini sebagai madrasah yang dapat mendidik keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

    more
  • Ramadhan karim
    Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

    more
  • Kenapa tidak ada basmalah pada surah Taubah Berkata Ibn Abbas: Aku bertanya Ali: Kenapa tidak ditulis basmalah di dalam surah Bara’ah (taubah)?. Berkata Ali: Ini kerana basmalah menunjukkan keamanan adapun surah bara’ah diturunkan dengan pedang dan membatalkan perjanjian.

    Berkata Sufyan bin Uyainah: Sebab tidak diletakkan basmalah pada awal surah ini; Ini kerana basmalah itu adalah satu rahmat, rahmat itu adalah keselamatan. Surah ini diturunkan keatas Munafikin dengan pedang. Tidak ada keamanan dengan Munafikin.

    Al-Qurtubi meriwayatkan: Di antara sifat bangsa Arab jahiliah apabila ingin membatalkan perjanjian, mereka akan menulis surat perjanjian dengan tidak disertakan basmalah.

    Surah Anfal diturunkan untuk menjelaskan perjanjian dan melaksanakan perjanjian. Adapaun surah Taubah membatalkan perjanjian.

    Usman bin Affan menganggap surah Anfal dan surah Taubah merupakan surah yang satu. Anfal permulaan surah. Taubah penutup surah. Ini kerana terdapat kesamaan kisah di antara keduanya. Dari sini Ibn Al-Arabi berkata: Ini bukti adanya boleh menggunakan Qias di dalam agama.

    Usman dan para sahabat menggunakan Qias apabila tidak ditemukan nas pada sesuatu masalah. Jika Qias dibenarkan dalam urusan penghimpunan Al-Quran, nescaya terlebih patut di dalam semua hukum hakam.

    Disebabkan anggapan keduanya daripada surah yang satu. Maka tidak diletakkan basmalah sebagai pemisah diantara keduanya.

    Allahu A’lam

    more
  • Rejab Bulan Allah
    بسم الله الرحمن الرحيم

    Pengertian

    Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

    Peristiwa-peristiwa penting dalam Bulan Rejab

    Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

    1.Hijrah Pertama

    Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

    Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

    2. Isra' dan Mi'raj

    Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

    Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

    Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

    Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

    Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

    3. Perang Tabuk

    Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

    4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

    Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

    5. Lahirnya Imam Syafie RH.

    Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

    more
  • Masjid Al-Aqsa Oleh: Muhamad Bahrom Sanusi

    Masjid Al-Aqsa adalah masjid yang ketiga yang mempunyai keizzahannya selepas masjid Al-Haram dan masjid An-Nabawi. Masjid Al-Aqsa juga pernah menjadi kiblat umat Islam yang pertama sebelum diperintahkan untuk menghadap ke Baitullahi 'Atiq. Ianya telah menjadi rebutan diantara umat Islam dan juga rejim Israel sekian lamanya.

    Apa yang digembar-gempurkan oleh rejim Israel dengan menyatakan Masjid Al-Aqsa yang berkubah kuning ( lihat gambar ) adalah tidak benar sama sekali. Umat Islam pada hari ini telah diperdaya dan dikelirukan dengan berita-berita palsu tentang wajah wajah sebenar masjid Al-Aqsa.

    Untuk pengetahuan, Kubah masjid Al-Aqsa yang sebenar adalah berwarna hijau ( lihat gambar ). Mereka ingin menguasai lantas merobohkannya apabila umat Islam tidak mengetahui wajah sebenarnya masjid Al-Aqsa. Dan Kubah yang berwarna kuning itu adalah The Dome of The Rock yang mana ianya terletak berhampiran masjid Al-Aqsa.

    Maka dengan itu,perlulah kita semua sebagai umat Islam yang mentauhidkan Allah SWT mengambil berat tentang apa yang sebenarnya berlaku disekeliling kita, lebih-lebih lagi isu yang melibatkan maruah umat Islam itu sendiri

    Akan tetapi, walaupun kita tidak mampu untuk bersama-sama dengan pejuang-pejuang Islam di Palestin,maka sedarlah bahawa,umat Islam masih lagi mempunyai senjata; DOA , untuk melawan hati-hati yang berbusuk seperti Israel yang banyak menyusahkan dah menyeksa umat Islam sehingga ke hari ini.

    Akhirnya, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar masjid yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sentiasa dipelihara-Nya daripada dicemari oleh najis-najis kotor.
    wallahu ta'ala a'lam..

    Isnin;23hb 06 08; 2,30 pg.

    Sumber maklumat:

  • The Dome of The Rock
  • Masjid Al-Aqsa
  • more
  • Roadshow- "Apa itu Syiah" Assalamualaikum..

    berita baik buat kalian(sahabat-sahabat di Mesir)...InsyaAllah akan diadakan roadshow bersama mengenali "APA ITU SYIAH?"

    Pembentang

    Ust Mohd Firdaus Hat bertempat di DMAk(21jun) 8.30mlm...
    Ust Mohd Nazrul Abd Nasir bertempat di DPM TANTA(23jun)8.30 mlm..
    Ust Abdul Hadi Awang bertempat di DPM MANSOURAH(25jun)9.00pagi..dan
    Ust Mohamad Rosli Talib bertempat di DPM ISKANDARIAH(3julai) 10.00pagi...

    pembentang akan menggunakan Kitab "KENAPA AKU MENINGGALKAN SYIAH?.." membangun bersama Islam yang sebenar...

    JANGAN LEPASKAN PELUANG..ANDA ADALAH PEMANGKIN GENERASI AKAN DATANG...sebarkan...

    more
  • Cuti Semester 2 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

    Alhamdulillah, Syukur Lillahi Taala.. Peperiksaan semester ke-2 telah pun selesai.. Mudah-mudahan menatijahkan keputusan yang cemerlang.. A'la kulli hal, semuanya dibawah kekuasaan-Nya.. Hanya Doa dan Tawakal sebagai kesinambungan untuk mencapai keputusan yang dihajati.

    Cuti Kuliah lebih kurang 3 bulan setengah ini membuatkan saya terfikir dalam merancang pelbagai aktiviti bagi mengelakkan masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja. Seperti biasa pada musim cuti kali ini, akan diteruskan juga untuk mengahafal Quran juzuk 7 dan 8, disamping mengulang juzuk 1 hingga 6. Mudah-mudah ianya tercapai.

    ermm..takpela.. rasanya banyak lagi perancangan yang ingin disusun rapi. InsyaAllah kita boleh bersama agar sama-sama mendapat manfaat yang berguna..

    P/s: Ingatla..sesungguhnya setiap masa yang dianugerahkan kepada kita adalah sangat berguna dan berharga diibaratkan ia seperti emas, maka jagala ia dengan sebaik mungkin. diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

    Wallahu'alam..Assalamualaikum..

    Rabu:18 jun 08
    12.00 malam..

    more
  • Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 5

    5. INTELEKTUAL (مثقف الفكر)


    Ciri-ciri berpengatahuan :

    1. selalu membaca bahan ilmiah, menganalisis dan mengeluarkan output yang bermanafaat kepada masyarakat

    2. Menghafaz A-Quran dan Memelihara hukum-hukum tilawah

    3. Menghafaz hadith

    4. Mempelajari sirah Nabi Muhammad s.a.w.

    5. Mengenali sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga

    6. Mengetahui hukum-hukum solat.

    7. Mengetahui hukum-hukum puasa.

    8. Mengetahui hukum taharah(bersuci)

    9. Memahirkan diri dengan teknologi moden

    10. Peka dengan pertubuhan yang menyeleweng

    11. Mengetahui hukum menutup aurat

    12. Berfikiran positif

    more
  • Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 4

    4. MAMPU BERDIKARI (قادرا على الكسب)


    Ciri-ciri mampu bekerja sendiri :

    1. Tidak menangguhkan tugasan.

    2. Membasuh pakaian sendiri.

    3. Boleh berjauhan dari ibu bapa.

    4. Memelihara harta peribadi dan kampus.

    5. Membuat kerja kursus dengan baik.

    6. Menyempurnakan tugasan dengan sempurna.

    7. Mengulangkaji pelajaran.

    8. Mampu membuat jadual waktu dan mengikutinya.

    9. Mengurus secara teratur persatuan / aktiviti kampus

    10. Tidak membazir

    11. Menjaga hak orang lain

    more
  • Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 3 3. AKHLAK YANG MANTAP (متين الخلق)

    Ciri-ciri akhlak yang mantap :

    1. Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.
    2. Tidak berbangga dengan diri sendiri .
    3. Tidak menipu ibu bapa dan guru .
    4. Menziarahi kawan yang sakit .
    5. Memberikan kerjasama dalam perkara-perkara kebaikan .
    6. Menutup aurat dengan sempurna
    7. Menjaga batas-batas pergaulan antara siswa-siswi
    8. Tidak mengadu domba.
    9. Tidak mengumpat, mengejek dan menghina .
    10. Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk .
    11. Menghormati guru, orang tua dan menyayangi yang lebih kecil .
    12. Menunaikan janji apabila berjanji .
    13. Menundukkan pandangan .
    14. Menjaga rahsia dan amanah .
    15. Menjaga aib orang lain .
    16. Tidak merokok dan tidak menghampiri dadah dan arak .
    17. Menghormati jiran .
    18. Tidak banyak ketawa .
    19. Tidak mementingkan diri sendiri .

    *Bersambung akan datang...

    more
  • Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 2 2. IBADAH YANG SAHIH (صحيح العبادة)


    Ciri-ciri ibadah yang sahih :

    1. Solat diawal waktu . (assolah fi awwali waktiha)
    2. Menjauhi perkara makruh .
    3. Bersuci dengan sempurna .
    4. Meningkatkan mutu solat .
    5. Menjadikan amalan membaca al-quran sebagai rutin harian .
    6. Menghayati isi kandungan Al-Quran
    7. Setiap perbuatan yang baik dilakukan dengan niat kerana Allah s.w.t
    8. Istimrar( melazimi) dalam melakukan solat berjamaah .
    9. Melazimi diri untuk berqiamullail , Sekurang-kurangnya sekali seminggu.
    10. Menyempurnakan puasa wajib dan melazimkan puasa sunat.
    11. Menunaikan nazar apabila bernazar .
    12. Selalu bemuhasabah dan beristighfar apabila melakukan kesilapan.

    *bersambung akan datang....

    more
  • Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 1 1. AQIDAH YANG SEJAHTERA (سليمة العقيدة) .

    Ciri-ciri sejahtera aqidah :

    1. Tidak mempercayai kuasa lain selain Allah s.w.t .
    2. Melakukan amal kerana Allah s.w.t .
    3. Beriman dengan melakukan semua rukun Islam .
    4. Beriman dengan semua rukun Iman .
    5. Belajar kerana Allah s.w.t , Bukan kerana Sijil ataupun kerana manusia .
    6. Mensyukuri Nikmat yang telah diberi Allah.
    7. Mempercayai Allah s.w.t. sentiasa memerhati setiap perbuatan dan gerak geri hamba-Nya .
    8. Menjauhi percakapan yang Tidak mendatangkan sebarang manfaat .

    *Bersambung akan datang...

    more
  • Rakyat tertipu isu minyak Pengumuman kerajaan mengenai kenaikan masing-masing 40 dan 63 peratus harga petrol dan diesel amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga mereka "terasa tertipu", kata presiden PKR.

    "Dalam pada kononnya kerajaan simpati dengan beban yang ditanggung rakyat atas kenaikan harga barang, tindakan kerajaan ini barang pasti akan melonjakkan lagi harga tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat," kata Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata hujah kerajaan bahawa kenaikan tersebut akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi sebagai "alasan basi" dan tidak dapat diterima rakyat.

    "Bukan setakat itu sahaja, kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak, banyak menimbulkan persoalan.

    "Datuk Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.

    "Apatah lagi menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru itu kami menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion," katanya.

    Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pula menggesa duit sebanyak RM13.7 bilion hasil penjimatan bagi mengurangkan beban kos sara hidup pengguna.

    Gabungan itu mencadangkan kerajaan meningkatkan khidmat pengangkutan awam dan menyelaraskan kadar perkhidmatan lain dengan tarif baru elektrik.

    “Di samping tarif elektrik, tarif dan kadar-kadar (caj) perkhidmatan telekomunikasi, air, cukai jalan, tambang pengangkutan awam, (yuran) kesihatan, pendidikan dan perumahan harus diselaraskan supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mendapat keselesaan hidup," kata setiausaha agungnya Muhammad Sha’ani Abdullah.

    Beliau juga berkata, kerajaan harus menggesa bank-bank menjadualkan semula bayaran balik pinjaman, termasuk kemudahan kad kredit dan overdraf yang bermasalah.

    Fomca turut mencadangkan ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Persekutuan (KWSP) diberikan pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang rendah melalui Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk golongan berpendapatan rendah.

    Wan Azizah juga berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti Emirian Arab Bersatu atau Nigeria (lihat jadual).

    Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melahirkan kebimbangan mengenai kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa hari ini.

    Guan Eng, yang kini dalam lawatan ke Korea, berkata kenaikan mendadak ini “tidak efisyen dari segi sosial dan tidak adil dari segi ekonomi” kerana ia tidak mengambil kira masalah meningkatkan produktiviti dan penjimatan tenaga.

    Beliau juga menganggap kenaikan itu “pro-orang kaya dan menghukum si miskin” selagi syarikat besar seperti pengeluar tenaga independen terus dibekalkan subsidi.

    Katanya, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus mengkaji sama ada langkah yang dilaksanakan ini benar-benar dapat meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

    Teras Pengupayaan Melayu (Teras) pula menuntut kerajaan menjelaskan kedudukan perbelajaan Petronas dengan lebih telus dan mewujudkan satu polisi berhemat penggunaan pendapatan negara.

    Pengerusinya Mohd Azmi Abdul Hamid melahirkan rasa bimbang dengan ketirisan keuntungan Petronas yang menunjukkan kerajaan tidak bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat.

    "Kami khuatir dengan gejala ketirisan perbelanjaaan Negara serta keuntungan besar Petronas yang masih dibelanjakan dengan keadaan tidak telus membuat rakyat mempunyai prasangaka besar bahawa kerajaan tidak bertindak bijak ke atas kebajikan rakyat," katanya.

    sumber :
  • malaysiakini

  • more
  • Persediaan imtihan Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Setiap manusia didunia ini tidak lari dari menghadapi sebarang ujian. Allah swt menguji hamba-Nya, supaya manusia mengingati Kebesaran dan Kekuasaan-Nya. Sebenarnya, dengan sifat kesabaran kita dalam menghadapi ujian yang diberi-Nya dapat meningkatkan keimanan kita kepada-Nya.

    Oleh yang demikian, bahawasanya perlulah kita sedar hakikat kehidupan ini semestinya memerlukan pergantungan yang abadi kepada pencipta Rabbul Izati..

    Dikesempatan ini, dengan hampirnya "fatrah imtihan" marilah kita sama-sama muhasabah semula perjalanan hidup ini, adakah kita menjaga hubungan kita kepada Allah dan juga persiapan kita sebelum tibanya hari peperiksaan, sama ada persediaan itu dari sudut rohani,jasmani,dan juga kekuatan mental itu sendiri..

    Justeru, sebagai Mahasiswa Islam sememangnya perlu kita tahu sebenarnya kecemerlangan kita didunia ini semuanya dibawah kekuasaan-Nya, hanya usaha, doa dan tawakal kita sahaja yang mampu mendapat belas kasihan Allah. Maka dengan itu, aspek kerohanian manjadi wadah utama kita agar sentiasa kita dalam naungan dan bantuan-Nya..

    Oleh kerana sebagai Muslim yang beriktiqad mentauhidkan Allah, Kita tidak boleh lari untuk menjaga hubungan kita kepada Allah, Kerana, dengan istiqamahnya dalam menjaga hubungan kita kepada Allah akan menjadi wasilah untuk mendapat kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan. Bagi saya, Mahasiswa yang cemerlang tidak dikira hanya membaca buku atau "mentalaah kitab" sahaja, bahkan Mahasiswa Islam yang cemerlang juga adalah mereka yang sentiasa menjaga dan menitik beratkan pertalian ibadah kepada-Nya.

    Maka untuk itu,Sedikit sebanyak saya ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat dalam persediaan kita sebelum ke medan pertempuran..

    1. Sentiasa melazimi solat berjamaah samaada dirumah ataupun dimasjid..

    2. Sentiasa membaca Al-Quran

    3. Sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah minta ditetapkan hati dan dilapangkan dada untuk menimba segala ilmu yang telah dipelajari dan dihafal untuk diluahkan ke atas kertas jawapanFirman Allah:
    قال ربكم ادعونى استجب لكم
    4.Berwuduk dan solat Witir sebelum tidur malam

    5. Solat sunat Taubat, Tahajud,Hajat, dan Istikharah apabila terjaga pada tengah malam

    6. Mengenang kebesaran Allah s.w.t yang telah menjadikan kita serta segala makhluk yang ada diatas permukaan bumi ini

    7. Mengingat nikmat yang telah dianugerahkan Allah s.w.t kepada kita seperti jasad yang sempurna, nyawa, otak yang cerdas, udara untuk bernafas, rezeki yang melimpah-ruah dan kesihatan yang cemerlang.

    8. Dan yang terakhir, Minta doa dan Restu ibu dan Ayah.

    Perlu diingat, semua perkara ini bukanlah hanya semata-mata dilakukan apabila menjelang musim peperiksaan, tetapi ianya harus diteruskan selagi mana nyawa yang diberi pinjam oleh-Nya masih berada didalam tubuh badan.. Mudah-mudahan kita diberi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. .

    " Selagi ruh ini masih di jasad, Aqal ini masih berfikir, jantung masih berdegup, Kehidupan masih belum terhenti. Kehidupan yang brmakna, yang berlandaskan tuntutan Islam. Ramai insan yang sua-sua dahulu merupakan pejuang yang melaungkan kalimah Allah. Inilah kehidupan yang sebenar-benarnya..Janji Allah pasti berlaku.. Maka, gembiralah hati kerana Allah. Hidup dan Mati hanya untuk Allah"

    Salam Peperiksaan, Study Smart..moga berjaya dunia Akhirat.. wassalam...

    P/s: Kalau berdoa ingat kawan-kawan sekali..;-)

    more
  • Kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor


    Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
    Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia dan Sukan.






    Teresa Kok
    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan


    Dr. Hassan Mohamed Ali
    Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.


    Yaakob Sapari
    Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber dan Pembangunan Usahawan


    Rodziah Ismail
    Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Teknologi dan Inovasi


    D r. Xavier Jayakumar
    Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin



    Dr. Halimah Ali
    Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan



    Iskandar Abdul Samad
    Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan




    Ronnie Liu
    Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan


    Elizabeth Wong
    Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar


    Ean Yong Hian Wah
    Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram



    KLANG 24 Mac - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semua portfolio berkenaan akan diteliti semula selepas enam bulan bagi menentukan keberkesanannya terhadap pentadbiran kerajaan negeri

    “Selepas tempoh itu, kita akan menilai semula keberkesanannya dan jika perlu kita akan buat perubahan untuk meningkatkan lagi kecekapan pentadbiran negeri,” katanya ketika mengumumkan senarai Exco di sini hari ini

    Mengenai permintaan DAP untuk mewujudkan jawatan timbalan menteri besar, Abdul Khalid menjelaskan, setakat ini pihaknya tidak membincangkan perkara itu.

    “Kita tidak ada jawatan timbalan menteri besar. Bagaimanapun kita akan membuat penilaian terhadap prestasi Exco untuk mengisi jawatan ini jika perlu pada masa depan,” katanya.

    Beliau berkata, anggota Exco yang dilantik itu terdiri daripada mereka yang memiliki pengalaman dan kelulusan akademik sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan.

    more
  • menteri besar selangor Y.A.B. TAN SRI DATO` ABD KHALID BIN IBRAHIM


    Jawatan:Dato` :
    Menteri Besar Selangor

    Pejabat:
    Pejabat Menteri Besar Selangor Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam
    Tel: 03-55141119/55447013 Fax: 55190032

    Kediaman Rasmi:
    Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor,Jalan Permata 7/1,Seksyen 7,40000 Shah Alam


    BIODATA
    Y.A.B. TAN SRI DATO` ABD KHALID BIN IBRAHIM

    Y.A.B. Tan Sri Dato` Abd Khalid Bin Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P., lahir pada 1946 di Jeram, Selangor.

    Memperoleh Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

    Ahli Jawatankuasa Eksekutif Unit Investment Fund.

    Ahli “Financial Engineering Advisory Forum” Bank Pembangunan Islam, Jeddah.

    Ahli gantian Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).

    Menganggotai Lembaga Pusat Produktiviti Kebangsaan dan anggota Lembaga Amanah Institut Kaji Selidik Ekonomi Malaysia (MIER).

    Merupakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

    Pernah berkhidmat sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat di samping pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad.
    Di samping itu, beliau turut menjadi Pengerusi Highlands and Lowlands dan Guthrie Ropel, yang merupakan syarikat-syarikat perladangan yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.

    Telah menghadiri International Visitors Program Amerika Syarikat pada 1983 dan Feloship Pertukaran Einsenhower pada 1989.

    Pada Disember 15, 1998, Tan Sri menerima anugerah CEO Tahunan Malaysia 1997 yang dianjurkan bersama oleh Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Tan Sri turut mendapat pengiktirafan dari Universiti Queensland apabila menerima Anugerah Alumnus Antarabangsa yang pertama pada 2001.

    Pada Julai 10, 2003, Tan Sri menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002 (First Asian Academy of Applied Business)” dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan baru sahaja dianugerahkan Feloship Pelawat Kanan oleh Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford.

    Dan kini Tan Sri berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor yang ke 14.

    more
  • Julang Thaqafah Bakti Dicurah
    Bismillah... yang maha pemurah lagi maha penyayang..


    Selaut kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT, Kerana Diberi lagi kenikmatan hidup didunia. Selawat dan Salam Keatas Junjungan Besar Penghulu Segala Nabi, Muhammad SAW dan juga sahabat-sahabat seperjuangan Baginda..

    Peredaran masa berlalu begitu pantas seakan kilat sabung menyabung.. begitu juga Barisan kepimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). tetapi itulah lumrah dunia ketetapan daripada Allah SWT..

    Sebelum kalam berbicara lebih panjang, terima kasih diucapkan terlebih dahulu kepada mantan Badan Pengurus PMRAM yang selama ini sentiasa mengambil berat terhadap ahli.. yang kini segala jasa-jasa kalian tidak terbalas..melainkan mengharapkan daripada Allah jua.

    Tahniah kepada barisan kepimpinan PMRAM sesi 2008.. Moga kalian tidak Futur dengan jawatan yang telah ditaklifkan. Semoga mandat yang diberikan ini digunakan sebaik yang mungkin untuk manabur bakti kepada ahli khususnya.

    kali ini, PMRAM dengan temanya "Julang Thaqafah Bakti Dicurah", suatu ungkapan yang perlu difahami dan perlu juga diambil sebagai suatu cabaran dan semangat untuk terus mencari khazanah-khazanah ilmu di Ardil Kinanah ini..

    insyaAllah moga dengan kerja yang iltizam dan bersatu padu didalam persatuan membuahkan hasil yang mana ia dapat dikongsi kemanisannya bersama-sama. insyaAllah....

    "TERIMA KASIH PMRAM"

    Struktur Organisasi Kepimpinan PMRAM Sesi 2008
    (bermula 22 Mac 2008)

    Presiden (Pengerusi HEWI)
    KHAIRUL ANUAR ISMAIL

    Timbalan Presiden (Lajnah Perancang dan Panitia)
    ABDUL MUIIZ MUHAMMAD

    Naib Presiden I (Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan)
    MD KHAIRUL ANUAR BIN MOHD ARIFF

    Naib Presiden II (Lajnah Muhafazah)
    MOHD RASUL BIN AMAT

    Naib Presiden III ( Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan)
    KHUSAINI BIN MD YUSOFF

    Setiausaha Agung
    SYAFIQ BIN ZULAKIFLI

    Timbalan Setiausaha Agung
    HANAFI BIN ZULKAPLI

    Naib Setiausaha Agung (Lajnah Pendaftaran)
    SHAHRIZAN BIN MOHD HAZIME

    Bendahari Kehormat
    MOHD IBRAHIM BIN MANSOR

    Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
    MOHD AZIZUDDIN BIN AZNAN

    Badan Pengetahuan dan Penyelidikan
    MOHD AZRUL BIN ISMAIL

    Badan Penerangan dan Penerbitan
    MUHAMMAD ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIM

    Badan Ekonomi
    MOHD ZUHAILI BIN SAIMAN

    Badan Sambutan dan Rehlah
    MOHD ADLAN BIN MOKHTARUDDIN

    Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
    NIK MOHD ROSDI BIN NIK JUSOH

    Struktur Organisasi AJKT HEWI PMRAM Sesi 2008
    (bermula 22 Mac 2008)

    (Pengerusi HEWI)
    KHAIRUL ANUAR ISMAIL

    Timbalan Pengerusi HEWI
    NORFAIZAH MAD ALI

    Naib Pengerusi I (Unit Perancang & Panitia)
    HAFSAH ESA

    Naib Pengerusi II (Unit Dakwah & Pembangunan Insan)
    SITI ANISAH AHMAD

    Naib Pengerusi III (Unit Muhafazah)
    HERLINA SYARIAL

    Setiausaha HEWI
    SHAHIDAH AB MANAF

    Timbalan Setiausaha HEWI
    HALIMATUSSA'DIAH MOHD PUDZI

    Naib Setiausaha HEWI (Unit Pendaftaran)
    NORHAFIZA ABDUL WAHAB

    Bendahari HEWI
    MAHFUZOH SAIDINA ABU BAKAR

    Unit Kebajikan & Kemanusiaan
    NORHIDAYAH ABD RAHMAN

    Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa
    NOR HIDAYAH CHE YUSOF

    Unit Pengetahuan & Penyelidikan
    SHAHIDATUL AKMA MOHD SHA'ARY

    Unit Penerangan & Penerbitan
    NUR MAZNI AHMAD PAUZI

    Unit Ekonomi
    'IZZATI FARHANA MAHADZIR

    Unit Sambutan & Rehlah
    NORRAUDAH HANUM HJ SALIM

    Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
    SITI NORSANIYAH SHAPIIN




    more
  • Coretan Ringkas EMINENT 08 Alhamdulillah puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi, kerana dengan izin dan Kehendaknya EMINENT dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    EMINENT atau nama panjangnya "The Symposium of Malaysian Students In Tanta" ataupun dalam bahasa ibundanya "Simposium Mahasiswa Malaysia Tanta" merupakan program tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT).

    Tujuan dan hasrat sebenarnya ia dilaksanakan adalah untuk meningkatkan Thaqafah (Pengetahuan) selain mengeratkan hubungan silaturrahim diantara satu sama lain. Banyak pengisian yang telah disusun sempena program ini. Antaranya, Diskusi Kitab, Bicara Siswa, Forum Bait Muslim, dan banyak lagi.

    Tidak ketinggalan juga "BAZAR" turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana EMINENT 08. Bazar dalam erti kata lain membawa maksud "jualan makanan-makanan" seperti ca koew tiau, Nasi Bukhari, Keropok Lekor dan banyak lagi.

    Alhamdulillah Program yang berlangsung sekitar tarikh 9 mac hingga 16 mac ini mendapat sambutan yang tinggi, bukan sahaja Ahli Dpmt malah dari luar kawasan Tanta juga turut sama-sama hadir.

    Terima kasih Semua Kawan-kawan.. Hilangkan rasa kenegerian antara kita, yang penting adalah ikatan silaturrahim sesama kita.. Moga hubungan ini tiada bibit-bibit permusuhan dan dendam.. binalah ukhwah kerana Allah.. InsyaAllah ianya akan kekal dalam ingatan dan terpahat didalam sanubari..

    Tidak dilupakan barisan Ahli Jawatan Kuasa Perlaksana EMINENT 08:

    yang sama-sama memikul pundak tanggungjawab demi mengharapkan program berjalan dengan lancar. Moga kerja-kerja yang dilaksanakan dibalas ganjaran pahala oleh Allah SWT.. Amin....

    Sekian dahulu serba ringkas coretan EMINENT 08.. Sedikit Kalam daripada ana..
    "Elakkan Permusuhan Jalinkan Persaudaraan"




    more
  • Penamaan calon 24 Feb, mengundi 8 Mac Hari penamaan calon pilihanraya umum ke-12 ditetapkan pada 24 Februari manakala pengundian akan diadakan pada 8 Mac depan.

    Tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pagi ini.

    Ini bermakna, tempoh berkempen kali ini dilanjutkan kepada 13 hari berbanding hanya lapan hari dalam pilihanraya umum 2004.

    Bercakap dalam satu sidang akhbar, beliau berkata, senarai pendaftar pemilih induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari lalu, akan digunapakai dalam pilihanraya umum ke-12.

    abdul rashid abdul rahman and spr and general election 130208Berdasarkan senarai tersebut, katanya, terdapat 10,922,139 pengundi - iaitu 10,701,054 pengundi awam dan 221,085 pengundi - yang layak mengundi dalam pilihanraya umum kali ini.

    Menurut Abdul Rashid, SPR telah diumumkan secara rasmi oleh Istana Negara semalam bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan membubarkan Parlimen berkuatkkuasa 13 Februari 2008.

    Di samping itu, katanya, SPR juga menerima pengisytiharan dari 12 negeri, tidak termasuk Sarawak, mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh sultan dan Yang Dipertua negeri masing-masing.

    Abdul Rashid berkata, writ pilihanraya akan dikeluarkan esok kepada semua pegawai pengurus pilihanraya yang telah dilantik untuk mengendalikan proses pilihanraya di seluruh negara.

    Jumlah kerusi

    jumlah kerusi parlimen dan negeri 140208Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri akan dipertanding dalam pilihanraya umum kali ini.

    Ini tidak termasuk 71 kerusi DUN di Sarawak yang tidak dipertandingkan kali ini.

    Secara terperincinya, Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen dan 15 DUN, Kedah (15 Parlimen, 36 DUN), Kelantan (14 Parlimen, 45 DUN), Terengganu (8 Parlimen, 32 DUN), Pulau Pinang (13 Parlimen, 40 DUN), Perak (24 Parlimen, 59 DUN), Pahang (14 Parlimen, 42 DUN).

    Selangor (22 Parlimen, 56 DUN), Negeri Sembilan (8 Parlimen, 36 DUN), Melaka (6 Parlimen, 28 DUN), Johor (26 Parlimen, 56 DUN), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 Parlimen), Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 Parlimen) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1 Parlimen),
    Sabah 25 Parlimen, 60 DUN) dan Sarawak (31 Parlimen, 71 DUN).

    Ini bermakna 166 kerusi Parlimen dan 445 kerusi DUN akan dipertandingkan di Semenanjung Malaysia manakala bakinya 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak serta 60 kerusi DUN di Sabah.
    Dalam pilihanraya umum 2004, bagi kerusi Parlimen, Barisan Nasional (BN) memenangi 199 kerusi, DAP (12), PAS (6), PKR (1) dan Bebas (1).

    Sumber : Malaysia Kini

    more
  • EMINENT '08
    THE SYMPOSIUM OF MALAYSIAN STUDENT'S IN TANTA (EMINENT '08)
    SIMPOSIUM MAHASISWA MALAYSIA DI TANTA


    EMINENT AKAN DIADAKAN PADA 9 MAC HINGGA 16 MAC 2008

    Pendaftaran Boleh dibuat melalui:-

    1) BARISAN AJKT TANTA
    2) PENGHULU KAMSIS
    3) BAHROM SANUSI (Pengarah Publisiti dan Pendaftaran)
    4) AZHAN HAMDAN (Wakil Perubatan Lelaki)
    5) WAN NOR AIN ALYA ZAIN (Wakil Perubatan Perempuan )

    more
  • Dato' Ishak Baharom meninggal dunia KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam

    Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.

    Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.

    Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.

    Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

    Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

    Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri.

    Sumber:
  • Harakah Daily
  • more
  • Juara Piala EXCO 07/08
    Tahniah dan Syabas kepada pasukan ABUO FIRKHAH kerana menjuarai piala EXCO hari ini..

    (Gambar)

    more
  • Petua Mencuci Hati
    Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


    1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. contohnya: "Ya Allah jadikan hatiku bersih"




    2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

    3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan,dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

    4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang,dan Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"(surah al ikhlas) sebanyak 3X.

    5) Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

    6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Akusebenarnya.. ....(perkarayang elok-elok belaka)

    7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya,ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!

    8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

    9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan matibila-bila masa)

    10) Kekalkan wuduk

    11) Bersedekah

    12) Belanja orang makan.

    13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

    14) Berkawan dengan ulama

    15) Berkawan dengan orang miskin(menginsafi)

    16) Pesan pada orang, jadi baik

    17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut...dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat

    more
  • Milik Siapa??
    Milik siapa Piala EXCO...??
    Nantikan keputusannya.. Juara piala EXCO 07/08....
    Adakah juara tahun lepas..??? Tidak....
    Adakah real syuber... InsyaAllah.
    yang pasti..Tunggu............................

    sukar untuk diramalkan.. kerana semua pasukan mempunyai kekuatan/stategi/posisi dan perancangan yang tersendiri..untuk menumbangkan pasukan lawannya....


    P/s: Mainla dgn penuh kejujuran.. jgn ada yang gaduh-gaduh pulak la ye.. hanya sebagai peringatan bersama....


    "akal yang sihat daripada tubuh badan yang sihat"
    "Al-'aqlu salim fi jismi salim"

    more
  • ReUnion Batch STAM 05/06 Perlawanan bola sepak meriah...

    Tanta, Mesir- Setelah penat memerah otak dalam peperiksaan yang lepas. Kali ini, Batch STAM sesi 05/06 di Tanta dengan julung-julung kalinya menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak antara batch STAM 05/06 disini. Perlawanan yang tidak lain dan tidak bukan, untuk meningkatkan ukwah yang telah terjalin selama ini.



    Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa, datang ke istad, untuk sama-sama menjayakan perlawanan bola sepak kita. Walaupun pada hakikatnya susah, kerana suhu yang terlalu sejuk ketika itu, mencecah 10 darjah celcius.

    Syabas diucapkan.... semoga perjumpaan dan pertemuan kali ini membawa pertalian persaudaraan yang kekal abadi, bukan hanya diibaratkan seperti isi kacang melupakan kulitnya..(betul ke..?)

    Salam Uhkwah Fillah dari ana.. dan tak lupa good luck for your exam.. mudah-mudahan beroleh kejayaan yang cemerlang..Amin..

    Gambar-gambar kenangan



    more
  • Aurat Dalam Islam MUKADDIMAH

    Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.

    Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat.antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.

    Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.

    PENGERTIAN AURAT

    Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

    Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.

    PERINTAH MENUTUP AURAT

    Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
    "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
    Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

    Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

    Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.

    Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
    "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.

    ASAS AURAT

    Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
    Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

    1. Aurat Ketika Sembahyang
    Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

    2. Aurat Ketika Sendirian
    Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

    3. Aurat Ketika Bersama Mahram
    Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

    Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.

    Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

    Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
    1.Suami
    2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
    3.Ayah mertua
    4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
    5. Anak-anak suami
    Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
    6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
    7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
    8. Anak saudara dari saudara perempuan
    9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
    10. Hamba sahaya
    11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
    12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.
    Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

    Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
    " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

    Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
    1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.

    2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

    4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
    Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.

    Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

    Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

    Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

    5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
    Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

    Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

    6. Aurat Ketika Bersama Suami
    Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.

    Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
    Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

    PAKAIAN DALAM ISLAM

    Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

    i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

    ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
    Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

    Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

    iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
    Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

    iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

    v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
    Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".

    vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
    Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.

    Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

    KESIMPULAN

    Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.

    more
  • Berlabuhnya Tirai Fasa Pertama...........sesi 07/08
    Assalamualaikum...

    Alhamdulillah, Tercatat pada tarikh 19hb 1 08.. Ana dan juga semua pelajar-pelajar jurusan Syariah Islamiah tahun 3, Universiti Al-Azhar, Cawangan TANTA..menarik lafaz lega dengan berakhirnya Imtihan(exam) fasa 1.

    Untuk Fasa 1, 6 madah yang ana ambil..5 madah untuk fasa satu-tahun 3(Mirath,Bahasa Inggeris,Manhaj Dakwah, Adab Balaghah dan Tafsir), dan 1 madah berbaki daripada tahun 2(Qadaya Mu'asarah)..

    Alhamdulillah untuk imtihan fasa yang pertama ni.. Ana dah jawab sebaik yang mungkin.. Erm..tentang soalannya not bad, Cumanya, nak dikatakan terlalu senang tu.. taklah jugak, sedang-sedangla-Alhamdulillah...

    Ada jugak soalan-soalan yang dikeluarkan tu terasa susahnya.."ha..!!! baru tau.. doktor pusing soalan sikit ko dah pening".hmm...especially madah tafsirla... sedih gak.. masa jawab tu.. tengah sakit kepala..tapi Alhamdulillah, masih lagi diberikan kekuatan dan semangat oleh-Nya.

    Ha..tapi ingat, "Doa-Usaha-Tawakal". jangan lupa ye...!!

    Dan yang paling penting juga doa yang sentiasa berterusan yang penuh pengharapan kepada Allah.. mudah-mudahan.. kita masih lagi diberikan kejayaan yang cemerlang.. Bukan sahaja didalam imtihan ini, bahkan kejayaan kita meniti titian siratul-mustaqim kelak..Amin...

    InsyaAllah.. ana berharap sahabat-sahabat tak jemu-jemu untuk sentiasa berdoa.. "bukankah doa itu senjata orang-orang mukmin?"

    :"moga success selalu-bittaufiq wan najah..":
    ....::::::AMIN:::::.......

    more
  • Sejarah Universiti Al-Azhar,Mesir

    Usianya telahpun menjangkau lebih seribu abad. Bangunan-bangunan lama masih terus didiami, lorong-lorong gelap penuh dengan sampah-sarap, lopak-lopak air dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya bandar ini. Walau bagaimanapun, situasi ini seakan tidak terasa, hilang terselindung di sebalik kegemilangan sinar mutiara agung para cendekiawan Mesir, Al Azhar.

    Al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional Islam yang sering menggegarkan dunia jahiliyyah. Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani oleh mereka secara syura. Akibatnya Pihak musuh sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan Al Azhar. Semakin hari Al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan. Antaranya Dr. Yusuf al-Qardhawi, Dr Omar Hashim, Dr Sayyid Ahmad Musayyar, Dr Musa Syahin Lashin, Dr Ali Jumaah, Dr. Husin Husin Syuhatah dan ramai lagi.

    Selain itu Al-Azhar juga membuka cawangan-cawangan di beberapa muhafazah (daerah besar) di Mesir. Sehingga ke saat ini Universiti Al Azhar telah memiliki berbagai-bagai cabang hubungan antarabangsa di dalam bidang pendidikan dan hampir ke seluruh di negara-negara Eropah, Afrika, dan Asia ,seperti Indonesia, Thailand, China dan lain-lain lagi


    Universiti al-Azhar menjadi simbol kepada para penerus warisan perjuangan Islam baik di Timur mahupun di Barat. Ia merupakan benteng pertahanan keilmuan dan pemikiran daripada terjahan dan serangan musuh-musuh Islam. Al-Azhar merupakan lembaga keilmuan Islam yang besar yang menjaga turath Islamiyyah dan menyebarkan misi dan amanah Islami kepada segenap umat di pelosok-pelosok bumi. Kini, masjid yang bersejarah yang telah dibina oleh arkitek Islam di zaman pemerintahan Fatimiyyah, Jauhar as-Saqali tetap utuh dan kekal walaupun ia bukan lagi seratus peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti pada zaman beliau. Walau bagaimanapun, fungsinya sebagai pusat penyebaran ilmu Islam tetap gemilang sehingga sekarang.


    Kedudukannya di Kota Kaherah sejak era Fatimiyyah lagi masih tidak melunturkan kesan khazanah ilmu walaupun bangunannya yang antik sering dibaik-pulih, namun ia terus bercahaya melahirkan intelektual Islam mencorak masyarakat masa hadapan. Mengikut catatan sejarah,khalifah Aziz Billah merupakan pengasas kepada penubuhan universiti Islam pertama di dunia iaitu Al Azhar. Pemugaran masjid tersebut sentiasa terserlah sejak zaman berzaman.

    more
Muhasabah Diri Bersama

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.


Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.


Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya


Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi


Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.


Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.


Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka


Islamic LIFE

Islamic LIFE

Promo Iklan Kutub Sittah PMRAM


kata-kata berhikmah mempengaruhi keperibadian seorang muslim

Blog Archive