-
Bingkisan Buat Para Da’ie
Temanku,
Medan ini kita bertemu
Jalan ini kita berjuang dan berjihad
Lalu tautan hati itu tersimpul
Namun belum cukup dikatakan padu
Sahabat,
Masamu diragut, rehatmu dicuri
Cutimu dirampas, langkahmu disilang
Oleh panggilan-panggilan jihad agama
Kerana apa?!!!
Kerana jalan ini yang kita pilih dengan izinNya
Tempuhlah bersama
Bukankah kita berjama’ah
Ikrar kita, as-syahadatain kita
Meletakkan kita sebagai da’ie dibumiNya ini
Harapan, pergantungan hanya padaNya
Lelah , letih, sakit, payahmu ada nilainya
Bahu membahu menongkah arus
Gelombang dakwah mencabar kita
Tetapi itu belum cukup kuat menyatukan kita
Wibawa bagaimana kita ingin lahirkan!!
Andai hati, diri berbahagai berkira-kira
Ukhwah!!!
Mantapkah kita, eratkah kita
Hati dan diri ini bermuhasabahlah
Padamu Ilahi
Hamba bermohon
Beri hamba keizinan, kesempatan waktu dan ilham
Untuk hamba memahami sahabat-sahabat hamba
Jadikanlah hamba sahabat yang baik
Jadikan hamba teman yang memahami sahabatnya..
Kekusutan duniawi ..
Adakala menggugah fokus kita
Kerja dunia yang bernilai akhirat
Terpikul dipundak dan bahu kita
Sahabat,
Bawalah hatimu bersama pada jalan ini
Pasakkan ikrar kita bersama
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,
Bertemu untuk memenuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahMU,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU,
Maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini,
Tunjukkan kepada hati-hati ini jalanMU yang benar,
Penuhkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal padaMU,
Jika engkau mentaqdirkan mati
Maka matikanlahpemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMU
Engkaulah sebaik-baik sandaran & sebaik-baik penolong. Aminn
Sahabat,
Berilah peringatan buatku yang kealpaan
Tunjukkan diriku daripada mengenang kesilapan
Kerana suatu peringatan, nasihat, panduan dan teguran
Berguna kepada insan yang beriman
Beri peringatan untukku dan untuk semua
Agar tidak tersasar ke dalam lembah kejahilan
Alami luahan isihatiku yang kekosongan
Alamilah rasa dijiwaku yang kesepian..
Kawan,
Bukankah engkau khalifah dimuka bumi
Membawa risalah kebenaran dan peringatan seluruh insan
Alami suasana irama hatiku yang syahdu
Agar kau memahami rahsia yang terpendam di kalbu
Alamilah diriku yang sesungguhnya amat perlukanMu.
Oh sahabatku,
Sahabat mari kita terus memimpin diri dan dakwah ini dengan izin pimpinan ILAHI
Ayuh bangkitlah kita mara ke hadapan
Mad’u kita menunggu malah sedang menanti dimana peranan kita pada mereka
Moga tersimpul kekuatan dan kesabaran yang padu pada hati-hati kita
Wahai pemilik hati-hati kami
Tidak berdaya kami melainkan dengan iznMU
Ayuh kita pimpin tangan menjulang amanah bersama
Bersama iringan restu ILAHI
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
WALLAHU’ALAM
Nukilan,
Hamba yang mencari redhaNya dalam kekusutan duniawi.
-
Kisah Asal Usul Hajarul Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
Subscribe to:
Posts (Atom)