Photobucket
  • Penamaan calon 24 Feb, mengundi 8 Mac Hari penamaan calon pilihanraya umum ke-12 ditetapkan pada 24 Februari manakala pengundian akan diadakan pada 8 Mac depan.

    Tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pagi ini.

    Ini bermakna, tempoh berkempen kali ini dilanjutkan kepada 13 hari berbanding hanya lapan hari dalam pilihanraya umum 2004.

    Bercakap dalam satu sidang akhbar, beliau berkata, senarai pendaftar pemilih induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari lalu, akan digunapakai dalam pilihanraya umum ke-12.

    abdul rashid abdul rahman and spr and general election 130208Berdasarkan senarai tersebut, katanya, terdapat 10,922,139 pengundi - iaitu 10,701,054 pengundi awam dan 221,085 pengundi - yang layak mengundi dalam pilihanraya umum kali ini.

    Menurut Abdul Rashid, SPR telah diumumkan secara rasmi oleh Istana Negara semalam bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan membubarkan Parlimen berkuatkkuasa 13 Februari 2008.

    Di samping itu, katanya, SPR juga menerima pengisytiharan dari 12 negeri, tidak termasuk Sarawak, mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh sultan dan Yang Dipertua negeri masing-masing.

    Abdul Rashid berkata, writ pilihanraya akan dikeluarkan esok kepada semua pegawai pengurus pilihanraya yang telah dilantik untuk mengendalikan proses pilihanraya di seluruh negara.

    Jumlah kerusi

    jumlah kerusi parlimen dan negeri 140208Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri akan dipertanding dalam pilihanraya umum kali ini.

    Ini tidak termasuk 71 kerusi DUN di Sarawak yang tidak dipertandingkan kali ini.

    Secara terperincinya, Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen dan 15 DUN, Kedah (15 Parlimen, 36 DUN), Kelantan (14 Parlimen, 45 DUN), Terengganu (8 Parlimen, 32 DUN), Pulau Pinang (13 Parlimen, 40 DUN), Perak (24 Parlimen, 59 DUN), Pahang (14 Parlimen, 42 DUN).

    Selangor (22 Parlimen, 56 DUN), Negeri Sembilan (8 Parlimen, 36 DUN), Melaka (6 Parlimen, 28 DUN), Johor (26 Parlimen, 56 DUN), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 Parlimen), Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 Parlimen) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1 Parlimen),
    Sabah 25 Parlimen, 60 DUN) dan Sarawak (31 Parlimen, 71 DUN).

    Ini bermakna 166 kerusi Parlimen dan 445 kerusi DUN akan dipertandingkan di Semenanjung Malaysia manakala bakinya 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak serta 60 kerusi DUN di Sabah.
    Dalam pilihanraya umum 2004, bagi kerusi Parlimen, Barisan Nasional (BN) memenangi 199 kerusi, DAP (12), PAS (6), PKR (1) dan Bebas (1).

    Sumber : Malaysia Kini

    more
Muhasabah Diri Bersama

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.


Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.


Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya


Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi


Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.


Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.


Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka