-
Kenapa tidak ada basmalah pada surah Taubah
Berkata Ibn Abbas: Aku bertanya Ali: Kenapa tidak ditulis basmalah di dalam surah Bara’ah (taubah)?. Berkata Ali: Ini kerana basmalah menunjukkan keamanan adapun surah bara’ah diturunkan dengan pedang dan membatalkan perjanjian.
Berkata Sufyan bin Uyainah: Sebab tidak diletakkan basmalah pada awal surah ini; Ini kerana basmalah itu adalah satu rahmat, rahmat itu adalah keselamatan. Surah ini diturunkan keatas Munafikin dengan pedang. Tidak ada keamanan dengan Munafikin.
Al-Qurtubi meriwayatkan: Di antara sifat bangsa Arab jahiliah apabila ingin membatalkan perjanjian, mereka akan menulis surat perjanjian dengan tidak disertakan basmalah.
Surah Anfal diturunkan untuk menjelaskan perjanjian dan melaksanakan perjanjian. Adapaun surah Taubah membatalkan perjanjian.
Usman bin Affan menganggap surah Anfal dan surah Taubah merupakan surah yang satu. Anfal permulaan surah. Taubah penutup surah. Ini kerana terdapat kesamaan kisah di antara keduanya. Dari sini Ibn Al-Arabi berkata: Ini bukti adanya boleh menggunakan Qias di dalam agama.
Usman dan para sahabat menggunakan Qias apabila tidak ditemukan nas pada sesuatu masalah. Jika Qias dibenarkan dalam urusan penghimpunan Al-Quran, nescaya terlebih patut di dalam semua hukum hakam.
Disebabkan anggapan keduanya daripada surah yang satu. Maka tidak diletakkan basmalah sebagai pemisah diantara keduanya.
Allahu A’lam
more
-
Rejab Bulan Allah
بسم الله الرحمن الرحيم
Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Peristiwa-peristiwa penting dalam Bulan RejabHijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka b
erhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
more
-
Masjid Al-Aqsa
Oleh: Muhamad Bahrom Sanusi
Masjid Al-Aqsa adalah masjid yang ketiga yang mempunyai keizzahannya selepas masjid Al-Haram dan masjid An-Nabawi. Masjid Al-Aqsa juga pernah menjadi kiblat umat Islam yang pertama sebelum diperintahkan untuk menghadap ke Baitullahi 'Atiq. Ianya telah menjadi rebutan diantara umat Islam dan juga rejim Israel sekian lamanya.
Apa yang digembar-gempurkan oleh rejim Israel dengan menyatakan Masjid Al-Aqsa yang berkubah kuning ( lihat gambar ) adalah tidak benar sama sekali. Umat Islam pada hari ini telah diperdaya dan dikelirukan dengan berita-berita palsu tentang wajah wajah sebenar masjid Al-Aqsa.
Untuk pengetahuan, Kubah masjid Al-Aqsa yang sebenar adalah berwarna hijau ( lihat gambar ). Mereka ingin menguasai lantas merobohkannya apabila umat Islam tidak mengetahui wajah sebenarnya masjid Al-Aqsa. Dan Kubah yang berwarna kuning itu adalah The Dome of The Rock yang mana ianya terletak berhampiran masjid Al-Aqsa.
Maka dengan itu,perlulah kita semua sebagai umat Islam yang mentauhidkan Allah SWT mengambil berat tentang apa yang sebenarnya berlaku disekeliling kita, lebih-lebih lagi isu yang melibatkan maruah umat Islam itu sendiri
Akan tetapi, walaupun kita tidak mampu untuk bersama-sama dengan pejuang-pejuang Islam di Palestin,maka sedarlah bahawa,umat Islam masih lagi mempunyai senjata; DOA , untuk melawan hati-hati yang berbusuk seperti Israel yang banyak menyusahkan dah menyeksa umat Islam sehingga ke hari ini.
Akhirnya, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar masjid yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sentiasa dipelihara-Nya daripada dicemari oleh najis-najis kotor.
wallahu ta'ala a'lam..
Isnin;23hb 06 08; 2,30 pg.Sumber maklumat:
- The Dome of The Rock
- Masjid Al-Aqsa
more - The Dome of The Rock
-
Roadshow- "Apa itu Syiah"
Assalamualaikum..
berita baik buat kalian(sahabat-sahabat di Mesir)...InsyaAllah akan diadakan roadshow bersama mengenali "APA ITU SYIAH?"
Pembentang
Ust Mohd Firdaus Hat bertempat di DMAk(21jun) 8.30mlm...
Ust Mohd Nazrul Abd Nasir bertempat di DPM TANTA(23jun)8.30 mlm..
Ust Abdul Hadi Awang bertempat di DPM MANSOURAH(25jun)9.00pagi..dan
Ust Mohamad Rosli Talib bertempat di DPM ISKANDARIAH(3julai) 10.00pagi...
pembentang akan menggunakan Kitab "KENAPA AKU MENINGGALKAN SYIAH?.." membangun bersama Islam yang sebenar...
JANGAN LEPASKAN PELUANG..ANDA ADALAH PEMANGKIN GENERASI AKAN DATANG...sebarkan...
more
-
Cuti Semester 2
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, Syukur Lillahi Taala.. Peperiksaan semester ke-2 telah pun selesai.. Mudah-mudahan menatijahkan keputusan yang cemerlang.. A'la kulli hal, semuanya dibawah kekuasaan-Nya.. Hanya Doa dan Tawakal sebagai kesinambungan untuk mencapai keputusan yang dihajati.
Cuti Kuliah lebih kurang 3 bulan setengah ini membuatkan saya terfikir dalam merancang pelbagai aktiviti bagi mengelakkan masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja. Seperti biasa pada musim cuti kali ini, akan diteruskan juga untuk mengahafal Quran juzuk 7 dan 8, disamping mengulang juzuk 1 hingga 6. Mudah-mudah ianya tercapai.
ermm..takpela.. rasanya banyak lagi perancangan yang ingin disusun rapi. InsyaAllah kita boleh bersama agar sama-sama mendapat manfaat yang berguna..
P/s: Ingatla..sesungguhnya setiap masa yang dianugerahkan kepada kita adalah sangat berguna dan berharga diibaratkan ia seperti emas, maka jagala ia dengan sebaik mungkin. diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Wallahu'alam..Assalamualaikum..
Rabu:18 jun 08
12.00 malam..
more
-
Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 5
5. INTELEKTUAL (مثقف الفكر)
Ciri-ciri berpengatahuan :
1. selalu membaca bahan ilmiah, menganalisis dan mengeluarkan output yang bermanafaat kepada masyarakat
2. Menghafaz A-Quran dan Memelihara hukum-hukum tilawah
3. Menghafaz hadith
4. Mempelajari sirah Nabi Muhammad s.a.w.
5. Mengenali sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga
6. Mengetahui hukum-hukum solat.
7. Mengetahui hukum-hukum puasa.
8. Mengetahui hukum taharah(bersuci)
9. Memahirkan diri dengan teknologi moden
10. Peka dengan pertubuhan yang menyeleweng
11. Mengetahui hukum menutup aurat
12. Berfikiran positif
more
-
Kriteria Mahasiswa Islam Yang Cemerlang 4
4. MAMPU BERDIKARI (قادرا على الكسب)
Ciri-ciri mampu bekerja sendiri :
1. Tidak menangguhkan tugasan.
2. Membasuh pakaian sendiri.
3. Boleh berjauhan dari ibu bapa.
4. Memelihara harta peribadi dan kampus.
5. Membuat kerja kursus dengan baik.
6. Menyempurnakan tugasan dengan sempurna.
7. Mengulangkaji pelajaran.
8. Mampu membuat jadual waktu dan mengikutinya.
9. Mengurus secara teratur persatuan / aktiviti kampus
10. Tidak membazir
11. Menjaga hak orang lain
more